Page My Semporna Pergi Tanya Shafie Kenapa Syarikat Yang Dia Lantik Ayam Mati

Sampai bila konok masalah air di Semporna. Maksudnya tu sejak kerajaan Warisanlah tu kan? Nah memang benar pun.

Siapa suruh menyokong golongan naif dan sudah lama terbukti gagal sebagai ADUN dan Ahli Parlimen di Semporna.

Semalam saya berhubung dengan Pegawai JANS yang terbabit. Dia jawab, masih konok dalam pembaikan dan dia bagi saya notice gangguan air yang sedang berlaku.

Ok lah tu. Tapi kenapa lambat disiapkan?

Kamu admin My Semporna cuba cari jawapan  kenapa kerajaan  GRS terpaksa membayar saman ratusan juta ringgit kepada syarikat lama yang dibuang oleh kerajaan Warisan.

Warisan Punca Masalah Air Bertambah Teruk

Sedangkan syarikat lama berkemahiran dan berpengalaman dalam menjalankan kerja pembekalan air, berbanding sembilan syarikat baru yang dilantik, tengok saja sekarang mengimpal satu batang paip besar pun makan berhari hari itupun belum siap.

Kasihan page My Sabah, kalau tidak tahu apa apa, nah jangan lagi sengaja mengundang persepsi. Lebih baik kamu tanya Shafie Apdal, kenapa syarikat yang dia lantik sangat lembab dan turut  menyusahkan orang yang tidak menyokong Warisan.

Kalau penyokong Warisan saja yang terjejas, siapa juga yang peduli. Ini tidak golongan cerdik dan tidak berdosa turut menerima nasib yang sama.

Saya ada kata semalam bahwa syarikat yang dilantik oleh kerajaan Warisan, adalah syarikat ayam mati, tidak ada kemahiran dan pengalaman. Hanya  mengimpal sebatang paip besar makan empat hari, itu pun belum siap.

Belum lagi saya dedahkan tentang individu yang juga ahli Warisan. Kalau bukan dia, ahli keluarganya kadang kala menutup stoppers paip besar, berdekatan di darat kampung Panji. Ini pun masalah juga. Puak puak tidak reti diuntung ni.

Sehingga saat ini masih belum ada bekalan air.

Jangan pula ada yang sengaja menyalahkan kerajaan negeri GRS walaupun sudah tahu kebenarannya, itu namanya tidak berakhlak dan biul. Yang hanya menguntungkan kepimpinan Warisan yang tidak bertanggungjawab dan makan gaji buta.

Hanya rajin mainkan propaganda bohong dan tidak masuk akal.

Hakikatnya yang gembira menuai hasilnya kelak, kerabat Warisan dan kroni mereka, kamu yang tiada kaitan dengan mereka dapat apa? bulan dan bintang. Dua tahun lebih Warisan jadi kerajaan negeri namun gagal menunaikan janji pada orang kampung, termasuklah menyelesaikan isu air khususnya di Semporna. Rupanya antara lain disebabkan melantik syarikat konsesi yang tiada kelayakan, yang penting masyukkkk!

Kiranya ini pembalasan atas sikap yang tidak bertanggungjawab bha ni.

One thought on “Page My Semporna Pergi Tanya Shafie Kenapa Syarikat Yang Dia Lantik Ayam Mati

Add yours

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading