Munirah/Aziz Jamman Sampah Politik Kalau Ready Gesa Warisan  Meninggalkan Madani

Untuk ke sekian kalinya kami sebagai rakyat Sabah menuntut sekaligus mencabar kepimpinan Warisan agar  segera meninggalkan kerajaan Madani.

Alsebab tindak tanduk mereka yang semakin kuat berbohong dan menipulasi isu semata mata untuk kebaikan parti Warisan, sedangkan Warisan berada dalam kerajaan persekutuan.

Walaupun sebelum ini, mereka jugalah yang beriya iya, mendabik dada menyokong kerajaan Madani  atau Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10.

Tapi hari ini semuanya terbalik, tampak membenci sangat sangat  kepimpinan Anwar Ibrahim. 

Apa yang dibenci  Ahli Parlimen Kota Belud dan bekas Ahli Parlimen Sepanggar Aziz Jamman pada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Hajiji Noor.

Mereka sudah lupa kah, walaupun hanya bermodalkan tiga kerusi Parlimen. Tapi adik Shafie Apdal iaitu Ahli Parlimen Lahad Datu, Yusof Apdal diberikan jawatan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Tapi masih tidak bersyukur? lain benar perangai puak ni.

Mereka tidak bayangkan jika dari awal Warisan  menjadi pembangkang diperingkat persekutuan. Sudah lama Warisan dilupakan oleh rakyat Sabah. Hari ini pejabat perhubungan Warisan diletakkan logo kerajaan persekutuan supaya rakyat percaya  seolah olah benar  Warisan sebahagian dari kerajaan persekutuan. 

Tapi diluar si Munirah dan Aziz Jamman, mulut mereka macam longkang. Si Aziz tu bha kuat mengkritik kerajaan negeri sedangkan biasiswa anaknya pun atas ehsan Ketua Menteri Hajiji Noor.

Kalau kau jenis orang bertanggungjawab dan amanah Aziz Jamman oi tidak kau  kalah pilihan raya.

Memang benar Sabah belum bersedia seperti Sarawak yang mampu berdiri tanpa parti luar. Ini kerana sejak dulu politik Sarawak tidak dicemari kepimpinan UMNO yang ketika itu  Shafie menjadi Naib Presiden UMNO Malaysia.

Apa si Aziz Jamman sudah lupa yang Shafie pernah berbangga menjadi pemimpn UMNO.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor tidak lemah sebaliknya seorang pemimpin berhati waja dan bijaksana. Bukan macam Shafie Apdal, pagi cakap lain petang cakap lain. Walaupun skandal KKLW  masih dalam simpanan Mahkamah tapi kalau bercakap tu, macam bersih sangat. 

Dua tahun lebih sebagai Ketua Menteri Sabah namun gagal menunaikan manifesto dan memajukan negeri dan rakyat Sabah. Hari ini dalam kempen politik Warisan, kalau bercakap seolah olah dialah yang membina bangunan PPNS dan seumpanya. Pui!

Dulu mengakui kalau bukan UMNO dia yang hina tidak  berada diatas dan kekal hidup susah. Kau pun sama Aziz Jamman kalau bukan UMNO kau tu tidak ada guna pun.

Si Munirah pula seperti tulisan tadi pagi. Menghasut orang kampung membenci kerajaan persekutuan, sebab kononnya yang menentukan siapa Ketua Menteri Sabah adalah Persekutuan. Sedangkan merekalah kerajaan persekutuan itu.

Langkah Kinabalu adalah komplot UMNO dan Warisan untuk merampas jawatan Ketua Menteri Sabah Hajiji tapi ditolak beberapa Adun UMNO dan Warisan itu sendiri. Menyebabkan sekali Shafie gagal menjadi Ketua Menteri Sabah dan Bung Mokhtar dipecat dari jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Kepimpinan Warisan, alang alang kamu berpolitik munafik  bagus kamu sahut cabaran ini. Agar segera meninggalkan kerajaan persekutuan biar menjadi pembangkang di peirngkat pusat dan negeri Sabah. Macam, ada berani kah? supaya memudahkan kami menguburkan parti Warisan buat selamanya.

Ini tidak cuba berlagak hero tapi hakikatnya orang tidak pandang pun atau melukut di tepi gantang. Pui!

Munirah Tuduh Jawatan Ketua Menteri Hajiji Ditentukan Malaya – Ini Bukti Munirah Temberang

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading