
Kamu tau kan, negara Indonesia baru saja menerima kehadiran Pope Francis.
Kunjungan itu telah meraih pujian masyarakat Indon dan sebahagian rakyat Sabah, Malaysia.
Tapi ada juga individu yang sengaja melihatnya dari sudut politik, Dengan mengatakan Indonesia menerima POP sedangkan Malaysia tidak.
Banyaklah kenyataan mereka yang menyinggung perasan.
Tidak ada yang marah bila mereka memuji kebaikan Indonesia kerana menerima kehadiran Pope.
Tapi janganlah pula menafikan keharmonian yang dikecapi selama ini. Bukan kah itu buktinya Kerajaan Sabah meraikan kebebasan beragama.
Kalau pun berlaku sedikit perselisihan itu normal dalam negara demokrasi dan rakyat yang majmuk. Anggap saja ia sebahagian dari pertumbuhan akal fikiran sebelum kita mati.
Tapi tetap saja Sabah atau Malaysia yang terbaik.
Beberapa komen negatif yang di lontarkan. Sampai saya merasa terhina jika tidak membalasnya.
Malaysia x begini kali.
Negara yg terpaling banyak umat pun berbuat demikian…inikan Malaysia pula…
Malaysia minta kena angkat mertabat Islam supaya dipuji mungkin itu lah taget PM X .
Lalu saya bagi pendapat seperti dibawah.
Kamu tau ke penganut agama Kristian di Indonesia dibuli dan jika dibandingkan dengan Malaysia, Malaysia jauh lebih baik.
Jadi saya ingatkan mereka sebagai berkata. Inilah kamu ni, manjang jadi alat. Kurang ilmu pengetahuan am tapi kuat mengkritik.
Ada yang membalas komen saya diatas. Seperti dibawah.
Hllo kawan d malaysia apa kurangnya…cuma belum ketara lh kawan…tapi mula sdh kw pernah dengar kh ucapan parti pas
Kalau begitu kenapa persoalkan Islam di Malaysia?
Satu lagi, kalau kau ambil kira sentimen agama dari parti politik. Lalu apa beza DAP dan PAS?
Kenapa kau hanya melihat dari konteks Islam seolah olah mencetuskan sentimen beragama? Kenapa PAS adalah agama Islam ke?
Saya tidak pro PAS, tapi jangan berselindung disebalik parti untuk membenci Islam.
Sabah sejak dari dulu aman dari perbezaan beragama, nah sama samalah kita menjaganya.
Baru sebentar tadi terbaca berita perdana; 7 ditahan cuba bunuh Pope Francis.
https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2024/09/1295087/7-ditahan-cuba-bunuh-pope-francis
Macam ada orang tolong jawabkan.






















Leave a Reply