
Semalam keluar kenyataan Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor bahawa kerajaan GRS akan kekal selepas pilihan raya negeri akan datang.
Kenyataan yang cukup menyeramkan pembangkang. Atau lebih baik kita panggil mereka golongan anti establish bukan pembangkang.
Mereka sedar jika Warisan terus jadi pembangkang selepas pilihan raya negeri akan datang. Maka akan banyak cadangan dikalangan rakyat Sabah untuk menafikan mereka.
Kerjasama GRS Dan PH – KM Hajiji Yakin Bawa Kemenangan Besar
Maksud Ketua Menteri, GRS dan PH akan terus bekerjasama sehingga pilihan raya negeri akan datang dan pasti mendapat kemenangan. In Shaa Allah
Lama sebelum ini saya pernah diberitahu bahwa kerjasama PH dan GRS adalah atas kehendak Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Malah arahan itu juga melibatkan UMNO.
Masalahnya UMNO di Sabah tidak sudah relevan, jika menang pun hanya dua atau tiga kerusi, itu pun jika calon bernasib baik.
Citra politik yang jelas tidak seperti parti Warisan, pada awalnya berkobar kobar tidak bekerjasama dengan parti politik dari Semenanjung.
Baju dicetak oleh penyokong Warisan, tertulis tolak BN cukup cukuplah di Sabah. Dan propaganda ini diakui oleh Presiden Warisan. Ada gambar yang tersebar.
Sampaikan sentimen politik, tolak parti dari Malaya dikalangan rakyat Sabah menjadi kebencian nyata terhadap bangsa Melayu Semenanjung.
Sentimen yang kasar tapi membuahkan hasil. Jangan kita nafikan.
Namun dalam diam Shafie Apdal berpakat dengan PH usai pilihan raya 2018. Shafie juga membeli Adun dari parti UMNO untuk membentuk kerajaan negeri.
Tapi tidak lama, Shafie membubarkan DUN.
Pada pilihan raya negeri 2020 sentimen sama dimainkan Warisan kali ini lebih keras terhadap UMNO. Namun kalah, GRS menjadi kerajaan negeri Sabah.
Maka si Bung Mokhtar selaku ketua UMNO Sabah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah. Berbaloi jugalah setelah puas dihina oleh pemimpin dan jentera Warisan.
Ehhh dalam diam berkomplot pula dengan Warisan, Shafie Apdal cuba menjatuhkan Ketua Menteri Hajiji Noor. Itu saya katakan pendirian Bung atau UMNO Sabah dan Warisan tidak boleh dipegang sangat, cakap berkobar kobar sampai minum darah tapi bohong.
Hari ini PH dan Warisan bermusuh ketat. Permusuhan yang ketara di peringkat akar umbi. Permusuhan yang boleh dipegang berbanding jika penyokong UMNO yang tampak memusuhi Warisan, ini jangan kamu percaya, sebab maruah mereka ditentukan oleh UMNO pusat.
Pokoknya pemimpin UMNO dan Warisan tidak layak menuduh orang lain jahat sekalipun ia benar sebab mereka lebih jahat.
Jadi pada penyokong pemerintah jangan kamu syok bendul, seolah olah mengakui rentak Warisan menafikan kerjasama parti tempatan dan Malaya.
Apa yang penting adalah kuasa, kalau tiada kuasa, apa yang kamu boleh buat. Mengkhayal perkara percuma tapi kalau tiada kuasa, pun merugikan.
Jangan kamu syok lurus bendul. Tujuan berpolitik adalah untuk mendapatkan kuasa.
Pembangkang sememangnya akan bercakap dari konteks parti tempatan dan apa lah. Sedangkan, bukan menidakkan takdir. Isteri mereka pun orang Malaya tapi lagak macam penganut Syiah meratapi peristiwa yang tidak ada kaitan pun dengan mereka, dari A sampai Z. Hahaha!





















Leave a Reply