RSNB Jangan Banyak Cerita Buat Memorandum Ala Brexit, Ada Berani ?

Dia punya retorik sama semasa awal kemunculan parti Warisan.

Separuh mati Shafie mempolitikkan perjanjian Malaysia sedangkan sewaktu  bersama UMNO dia sendiri yang menolak usaha memartabatkan perjanjian Malaysia 1963 yang cuba dijalankan oleh PKR ketika itu.

Shafie semasa berucap di perhimpunan politik Warisan yang berlangsung di Kota Belud ketika itu. Berkata jika Warisan jadi kerajaan negeri bukan lagi 20% atau 40% royalti minyak yang dituntut tapi 95% akan dituntut dari kerajaan persekutuan. Hadirin yang hadir bersorak gembira bukan kerana peratus  royalti minyak tapi semangat yang ditunjukkan oleh Shafie.

Satu perenggan yang diucapkan  oleh Shafie, tiba di akar umbi  akan ditokok tambah supaya lebih hebat. Tidak masuk akal pun ada.

Makanya ketika itu kita orang mencabar Shafie Apdal dan kuncu kuncunya agar menjalankan memorandum sebab hanya dengan cara itu ia tercapai, tidak perlu lagi mengemukan tuntutan.

Ternyata bila Warisan menjadi kerajaan  diperingkat persekutuan dan negeri. Satu pun dalam perjanjian Malaysia 1963 gagal dituntut sehinggalah kerajaan Warisan ditumbangkan oleh rakyat Sabah.

Cerita Warisan sudah selesai. Ini lagi terbaru yang menggelarkan diri mereka sebagai Republic Of Sabah North Borneo (RSNB)

Tiba-tiba RSNB bercakap soal kemerdekaan Sabah.

Tahun menunjukkan 2024, tapi masih ada orang yang mempersoal kemerdekaan Sabah itu bererti mereka berhasrat memanaskan perjanjian Malaysia 1963.

Lama 10 tahun tu memerlukan dua penggal pemerintahan yang didapat melalui proses pilihan raya. Nah kalau juga berharap akan menang dalam pilihan raya itu bererti ada parti politik yang ingin berkuasa. Pembohong.

Jadi begini bagi mengelakkan RSNB dari tuduhan kepartian atau menjadi alat kepada parti politik tertentu.

Dalam masa terdekat, edarkan memorandum dikalangan rakyat Sabah, ambil tandatangan mereka. Bahawa bersetuju Sabah keluar dari Malaysia, memandangkan menurut RSNB Sabah belum merdeka.

Perkara sebesar itu mustahil dapat dicapai selagi berasaskan pilihan raya. Iyalah yang menang dalam pilihan raya akan bersekutu membentuk kerajaan sebagai pemerintah. Lalu bagaimana kemerdekaan dapat dicapai jika masih bertuankan kerajaan yang ditentukan melalui pilihan raya, sudah tentu pastilah ada pemimpin dari negeri negeri yang tidak bersetuju atau membenarkan Sabah keluar dari Malaysia.

RSNB, ada berani kah? kah sembang saja kencang hakikatnya ada di belakang kamu  yang akan bertanding pada pilihan raya akan datang. Hahaha!

Kalau sampai awal tahun depan tiada kertas memorandum yang kamu nampak diedarkan, nah percayalah kamu. Terbukti perkara di atas hanyalah auta parti politik untuk memancing orang orang bodoh.

Jangan sampai kumpulan yang mengangkat bangsa mereka sebagai orang tempatan. Menjadi mangsa permainan pemimpin parti politk dan terus ketinggalan dari arus pembangunan, sudahlah. 😂

One thought on “RSNB Jangan Banyak Cerita Buat Memorandum Ala Brexit, Ada Berani ?”

Add yours

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑