Mana Solidariti Shafie/Warisan Terhadap Rakyat Palestin? TIADA!

Dalam diam pihak Warisan menyebarkan cerita bohong. Teruk sudah kemaruk badut Warisan. Berbohong dan terus berbohong.

Masyarakat beragama Islam di kampung kampung menimbulkan persoalan. Kenapa konok Sabah tidak menerima rakyat Palestin yang cedera di Gaza.

Mereka dapat cerita itu media WhatsApp. 

Tujuan cerita bohong itu disebarkan supaya orang kampung yang beragama Islam menolak kerajaan negeri GRS akibat tidak prihatin pada rakyat Palestin.

Sedangkan tidak ada kenyataan rasmi atau arahan dari pusat yang mengehendaki kerajaan Sabah menerima rakyat Palestin yang cedera. Seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim di Semenanjung.

Jika begitu bagaimana mungkin pemimpin GRS yang beragama Islam tiba tiba mengeluarkan kenyataan menolak rakyat Palestin berkenaan.

Tiada arahan dari Federal tapi tiba tiba menolak rakyat Palestin.

Golongan yang beriya iya menolak keputusan Perdana Menteri Anwar Ibrahim membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia adalah majoriti KDMR pro Warisan yang tidak bertanggungjawab.

Alasan birokrasi yang mereka gunakan hanyalah alasan semata mata, hakikatnya ia berhubung agama kristian.

Sedangkan israel adalah penganut agama Judaism. Mereka menyerang atau membunuh rakyat Palestin dan menafikan agama Kristian.

Tidak semua rakyat Palestin yang dibunuh beragama Islam ada juga yang beragama Kristian.

Tapi kenapa ada dikalangan penganut agama kristian bermati matian menyokong israel?

Ini bukti solidariti kerajaan GRS terhadap rakyat Palestin.

Kerajaan Negeri GRS melalui Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor telah menyumbang sehingga 300 ribu untuk tabung rakyat Palestin.

Kerajaan Negeri Menyumbang RM300,000 Untuk Tabung Palestin

Bagaimana pula dengan Presiden Warisan Shafie Apdal. Mana aktiviti dan kenyataannya yang menyokong rakyat Palestin? TIDAK ADA!

Kenapa tidak ada, sebab Shafie takut kehilangan undi dari mereka yang beragama Kristian. Shafie ingat mereka yang beragama Kristian tidak ada akal fikiran ketika mempertimbangkan isu yang dihadapi rakyat Palestin.

Di negara negara maju seperti Amerika dan negara negara Eropah. Walaupun negara Kristian tapi masih ramai rakyatnya menyokong pembebasan Palestin.

Dan tahukah anda. Pertolongan yang dihulurkan oleh Malaysia sangat kecil jika dibandingkan dengan beberapa negara Kristian

Brazil sekitar 60 ribu rakyat Palestin di terima sebagai rakyat mereka. Begitu juga Argentina, Venezuela, El Selvador dan beberapa lagi yang tidak perlu saya sebutkan disini.

https://www.usnews.com/news/world/articles/2024-07-08/brazil-adopts-free-trade-with-palestinian-authority-in-show-of-support

Negara negara itu tidak kaya seperti Malaysia pun, apa lagi El Salvador sudahlah miskin terkenal lagi dengan aktiviti jenayah. Tapi mereka ada otak, ada rasa kemanusiaan dan mereka sedar Jews tidak mengiktiraf agama Kristian. So?

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading