Azalina Yang Desak Ismail Lepaskan Najib Razak, Sekarang Bisu Bodoh

Ismail Sabri harap Azalina rayu pembebasan Najib

Ismail Sabril dalam program Podcast Keluar Sekejap (KS) yang dihoskan Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan yang disiarkan, hari ini.
Ismail Sabril dalam program Podcast Keluar Sekejap (KS) yang dihoskan Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan yang disiarkan, hari ini.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1291332/ismail-sabri-harap-azalina-rayu-pembebasan-najib

UMNO kalau ikut betul betul jangan bagi kepercayaan sangat. Tinggal lagi kalau terpaksa dan membabitkan kuasa dan mereka diperlukan maka waktu itu apa boleh buatlah. Kenapa? Sebab mereka sudah biasa bersikap sanggup bodoh, menjalankan propaganda bohong, seolah olah mangsa dan jika kantoi mereka buat macam biasa, seperti tidak ada apa yang berlaku. Itulah UMNO makanya semakin ditolak oleh orang Melayu itu sendiri.

Melayu sebenar bukannya Melayu plastik macam di Sabah pula. Hahaha!. Syok hidup Melayu, tapi Melayu sebenar tetap menganggap mereka bodoh piang.

Lihat sejarah kemenangan UMNO setiap kali pilihan raya, grafnya terus menurun.

Semasa Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri Malaysia menggantikan Muhyiddin Yassin.

Azalina memalukan dan mendesak Ismail Sabri agar segera melepaskan Najib Razak dari hukuman penjara yang dijalaninya. Menurutnya seorang perdana menteri punya kuasa menentukan pentadbiran kerajaan termasuklah sistem kehakiman.

Lebih kurang begitu kenyataan Azalina ketika itu. Macam orang yang tidak berpendidikan? bukan tidak berpendidikan tapi sengaja jadi bodoh sebab ketika itu berucap dalam perhimpunan agung UMNO.

Kedengaran juga penyokong UMNO mendakwa Ismail Sabri yang memenjarakan Najib.

Sedangkan Najib dibicarakan semasa kerajaan PH, Dr Mahathir adalah Perdana Menteri dan keputusan Mahkamah Tinggi mendapati Najib Razak bersalah.

Dari situ Ismail Sabri dipinggirkan oleh pemimpin pemimpin UMNO sehinggalah saat ini.

Sebenarnya bukan hanya isu Najib, Ismail dipinggirkan. Tapi juga berkaitan Zahid Hamidi yang dibicarakan di Mahkamah atas 47 pertuduhan rasuah.

Semasa kerajaan Perikatan Nasional, Zahid merayu supaya Muhyiddin campur tangan dalam perbicaraannya tapi tidak dilayan. Lalu Zahid merancang membawa UMNO keluar dari kerajaan Perikatan Nasional.

Bukan apa bha, Ismail pun bukan ada kuasa atau sesuka hati menentukan pentadbirannya. Dia diangkat menjadi Perdana Menteri kerana sokongan pada PPBM dan PAS.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading