Warisan Semakin Sampah Bila Mana Mempolitikkan Sukan SUKMA


Prestasi atlet, atlet negeri lain lebih kuat dan bertenaga. Itulah namanya semangat kesukanan, kalah atau menang bukan pokok utama tapi semangat ingin menang dan bersaing itu yang lebih utama.

Kerajaan Sabah menyasarkan pingat emas tapi kurang bernasib baik yang disebabkan faktor atlet itu sendiri. Pada disiplin tertentu atlet negeri lain lebih berupaya, sedangkan atlet Sabah kuat pada disiplin lain hingga berjaya merangkul pingat emas.

Semangat kesukanan bha, menang dan kalah adat pertandingan. Yang penting SUKMA telah memupuk semangat nasionalisme dikalangan peserta atau rakyat Sabah.

Pihak Warisan pula yang melebih lebih, mempolitikkannya. Betullah kepimpinan Warisan, kepimpinan yang terdesak lama lama bertukar sampah, seperti sekarang.

Kalau begitu, bagaimana kalau kita pindahkanย logik bodoh Warisan kepada pasukan bola sepak luar negara.

Liverpool gagal menjuarai liga Englishย  2023-2024. Mari kita persalahkan Datuk Bandar Liverpool, walaupun prestasi Liverpool di tangan pengurus pasukan dan pemain itu sendiri. Wajar ke?

Peringkat Olimpik saja, Malaysia tidak pernah mendapat lebih dari tiga pingat emas tapi ok juga. Tiada pula pembangkang mempolitikkannya. Warisan saja yang baru berumur setahun jagung, sudah kering modal politik. ๐Ÿ˜‚

Semalam badut Warisan memviralkan kritikan bodoh mereka pasal skuad Sabah di SUKMA yang gagal mengutip pingat emas yang disasarkan.

Sebagai rakyat Sabah, kita tetap berbangga kerana atlet Sabah telah berusaha sebaik mungkin hingga ada yang tercedera.

Hajiji: Sabah Berpeluang Capai Sasaran 40 Pingat Emas SUKMA

Insentif Pingat Emas SUKMA Dinaikkan Ke RM10 Ribu โ€“ Tahniah Anak Sabah

Prestasi konon, prestasi kosong kerajaan Warisan dari semua segi. Siapa yang dipersalahkan?

Kerajaan Warisan gagal mengembangkan ekonomi Sabah malah merudum, pengangguran meningkat, tiada pelaburan dari luar negara. Sabah diserang Covid 19.

Kerajaan GRS terpaksa menanggung kegagalan yang ditinggalkan oleh kerajaan Warisan.

Siapa yang wajar dipersalahkan jika mengikut logik propaganda parti Warisan?

10 thoughts on “Warisan Semakin Sampah Bila Mana Mempolitikkan Sukan SUKMA

Add yours

  1. Warisan,GRS,BN sama saja bila dah berkuasa hanya 4% saja ahli yg berfungsi, yg lainยฒ tangan dlm seluar. Rungutan rakyat diabaikan, yg di utamakan poket masingยฒ.Tiada kerajaan yg akan bertahan klu pengurusan tak boleh pakai, bukan kerana dijatuhkan oleh pembangkang tapi pilihan rakyat adalah paling manang…

  2. Warisan jauh lebih baik banding GRS…perjuangan warisan adalah aspirasi majoriti rakyat Sabah

      1. memberi kemudahan kepada rakyat daerah kalabakan dengan mengujudkan pejabat daerah kecil kalabakan…penduduk kalabakan tidak perlu lagi berulang alik ke tawau untuk urusan

        1. Itu satu kejayaan yang sangat besar ke? Orang Semporna sendiri pun masih berurusan ke Tawau. Itu bukan pejabat daerah kecil itu macam pondok post saja tu. Padan pun kau kau jadi totok Warisan. Begitu besar manifesto dan janji Warisan pada rakyat Sabah, ibarat pondok itu saja yang kau banggakan.

    1. Apa yang diperjuangkan sedangkan Shafie gagal sebagai kerajaan negeri, tiada kejayaan yang dicapai. TKM Sarawak dan Dr Mahathir akui, Shafie tidak melakukan apa apa.

  3. warisan memegang tampuk kerajaan semasa covid melanda negara lah admin..bagaimana nak membangunkan negeri kalau kita semua di kurung lepas tu pemimpin kamu buat kacau kasi jatuh kerajaan Warisan kerana tamak dgn kuasa dan tiada income masuk..

    1. Nasib kerajaan seperti juga nasib manusia. Ada baik, ada yang kurang baik danย disebabkan moral yang ada pada diri mereka. Jika baik maka baiklah balasannya jika tidak maka ada saja masalah yang mereka hadapi sehingga gagal, macam kerajaan Warisan. Banyak janji pada penyokong tidak ditunaikan sedangkan untuk meluluskan janji kecil orang kampung hanya memerlukan dua minit diluluskan. Kalau kerajaan Warisan baik untuk rakyat Sabah, pasti Tuhan menjaganya dari dijatuhkan.

      Macam kerajaan GRS walaupun cuba ditumbangkan tapi ada saja jalan keluar hingga kekal.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading