
Bolehnya Shafie Apdal mendakwa ramai menyertai Warisan di Tawau.
Orang menempah masa depan gelap saja hari ini menyertai Warisan, tidak kiralah di Tawau atau dimana saja.
Paling tidak orang itu jenis tebal perkaumannya sebab itu menyertai Warisan. Sedangkan tanpa bantuan orang luar tidak mungkin mereka dapat kelebihan hidup.
Macam Shafie Apdal sendiri pernah cakap ketika bersama UMNO. Dia yang hina tidak berada di kedudukan tinggi atau senang tanpa parti keramat, UMNO. Tapi last last menuduh Presiden UMNO, Najib Razak dan meninggalkan UMNO.
Puas menghina UMNO di Sabah, tiba tiba bekerjasama dengan UMNO Sabah, Bung Mokhtar cuba merampas kuasa dari Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor atau GRS.
Orang macam ini, kamu percaya. Kalau akhirnya membawa kemajuan pada negeri dan rakyat Sabah, tahanlah juga. Ini tidak hanya pandai membeli kroni dan kerabat dengan projek Gajah putih. Masyarakat diluar mereka orang cakap, lugai lugai.
Mungkin jugalah ada masuk Warisan tapi memang penyokong Warisan dan hanya membabitkan dua tiga orang Bajau dari Semporna yang cari makan di Tawau.
Baru baru ini di Tawau sebaris gerai tepi jalan dirobohkan oleh pemilik tanah untuk dimajukan. Mungkin orang orang dari sinilah yang mengaus tu.
Berpuluh tahun dibiarkan, bila diminta berpindah secara baik malah marah dan lupa kebaikan orang berpuluh tahun.
Macam macam perangai manusia yang tidak pandai bersyukur ni, sebab itu berjumpa dengan orang yang juga tidak pandai bersyukur.
Di Semporna dan DUN yang diwakili Warisan, bukan semua penduduknya menyokong Warisan. Malah ramai yang meninggalakan Warisan kerana hilang keyakinan pada kepimpinan Shafie dan orang orangnya yang terkenal, belum jadi semuanya manis, bila jadi berita pun tidak kedengaran.
Orang terdekat Shafie pun ramai yang meninggalkan parti Warisan, tidak tau ke?
Kroni dan kerabat kaki projek saja yang tetap setia pada parti Warisan. Atau golongan yang tebal perkaumannya saja yang terus menyokong Warisan.
Di Semporna apapun nasib yang menimpa mereka tetap sokong si Shafie. Tengok saja kemajuan di kampung kampung di Semporna berbanding kampung kampung diluar Semporna, sangat berbeza peluang pekerjaan boleh dikatakan hampir tidak.
Sebelum ini ada indvidu maklumkan pada saya pasal diskriminasi antara gaji pekerja tempatan dan PTI di Semporna. Dia minta saya artikelkan. Pemilik premis pelancongan di Semporna lebih memilih PTI berbanding orang tempatan. (saya cakap dalam hati, ini kerja Shafie bha ni kenapa dia diamkan hanya berlakon hero MA63 diluar Semporna untuk apa. Justeru, kenapa pula saya yang penat berfikir sedangkan itu kerja Shafie dan kroninya)
Yang memajukan Pekan Semporna tu bukannya Shafie Apdal atau orang orangnya, iya adalah usaha kerajaan negeri sejak dari era Musa Aman sehinggalah hari ini, GRS.
Itu kadang saya tersenyum melihat gelagat PBT Semporna, macam kuli batak Shafie pun ada.
Tapi tetap juga mereka menyokong si Shafie Apdal.
Jadi pada orang luar kamu jangan bodoh, siapa juga Shafie bukan ada kelebihan dan kebaikannya pun. Yang kamu dengar dia bertanggungjawab itu hanyalah cerita klasik yang diadakan adakan. Jadi jangan ikut bodoh menyokongnya, sebaliknya kamu pertahankanlah pemimpin tempatan yang kamu ada seperti contoh Adun Apas Datuk Nizam, apa lagi jika bersama kerajaan negeri GRS.
Shafie kalau berhadapan dengan orang naif, lembut gigi dari lidah, walhal auta.
Jaga sajalah Semporan tu Shafie oi, ramai lagi marhaen yang mengundimu tidak terbela sejak berdekad yang lalu. Walaupun mudah kau perbodohkan tapi kau ingat di akhirat kelak. Disana nanti semua akan dihitung.
Silap hari bulan kerana kegagalan Shafie yang begitu besar dan manipulasi orang orangnya. Generasi akan datang, menolak legasinya sampai bila bila.
Besar sebenarnya kesalahan Presiden Warisan, tunggu saja pilihan raya, kita akan cerita dan sebarkan biar rakyat Sabah buka mata.






















Leave a Reply