Belum Ada Kerjasama, Bolehlah Shafie  Tutup Kedai, Bung Juga Sama Kalau Mau

Nada dan rentak sama dimainkan  Shafie Apdal, sewaktu memperkenalkan Warisan. Dimana Shafie berjanji   tidak akan bekerjsama dengan mana mana parti dari Malaya.

Tapi usai pilihan raya 2018,  kerajaan negeri Sabah dikenali sebagai kerajaan Warisan Plus yakni bekerjasama dengan PH.

Hari ini Shafie menyatakan perkara sama, Warisan tidak bekerjasama dengan mana mana parti, termasuk UMNO Bung.

Habis itu bagaimana dengan UMNO Bung Mokhtar? bukan kawan Shafie semasa cuba merampas jawatan Ketua Menteri Sabah dari GRS ke? tidak mendapat restu UMNO pusat selepas gagal merampas kuasa ke?

Nampaknya pada pilihan raya negeri yang akan datang, parti Warisan akan mengalami kekalahan yang sangat besar kepada GRS PH. Ini kerana tiada sudah penyokong PH dan UMNO yang mengundi calon Warisan senyap senyap.

Pada pilihan raya umum  2018 ada dikalangan penyokong UMNO mengundi calon Warisan kerana penolakan mereka terhadap  kepimpinan Najib yang terpalit  skandal 1MDB. Faktor lain percaya pada propaganda Warisan sekaligus ingin merasa kepimpinan Shafie (Warisan), ternyata gagal sebab itu hanya berpeluang memerintah dua tahun setengah.

Mulai saat ini boleh sudah Presiden Warisan belajar cara cara menutup kedai. Silap hari bulan Bung pun kena ikut belajar, memandangkan UMNO pusat memandang remeh kekuatan politik Bung selepas gagal merampas kuasa itu hari.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading