Parti Si Bung Menyebabkan Sabah Miskin, 30 Tahun Tidak Jadi Apa

Bung Mokhtar menipu rakyat Sabah di Sandakan, kononnya Sabah miskin kerana parti tempatan. Walhal 30 tahun Sabah menjadi simpanan tetap UMNO, dalam tempoh itu Sabah gagal keluar dari garis kemiskinan.

Daerah Kinabatangan yang diwakili Bung selaku pemimpin UMNO sejak 25 tahun lalu menyumbang kepada angka kemiskinan Sabah. Parti mana yang wajar dipertanggungjawabkan? UMNO

Kalau pula pemimpin, siapa yang wajar dipertanggungjawabkan, sudah tentu diri Bung itu sendiri. Apa lagi Bung terkenal sebagai pemimpin UMNO yang terlibat dengan kegiatan judi membuat dia lalai menjaga masyarakat dibawahnya. Perbicaraan melibatkan wang rakyat ini juga menjadi faktor kenapa Kinabatangan menyumbang kepada kemiskinan Sabah.

Tapi diluar sana menyalahkan parti tempatan.

Seteru UMNO pada PRN2020, Warisan mendakwa Sabah miskin kerana parti luar atau parti UMNO. UMNO yang mencuri dan merompak kekayaan Sabah.

Tahun 2023 Bung berkomplot dengan Shafie merampas jawatan Ketua Menteri Sabah dari GRS tapi gagal. Waktu ini boleh pula UMNO bekerjasama dengan Warisan, parti yang menyebabkan Sabah miskin ya. Munafiknya si Bung Moktar.

Sembanglah kau Bung, kau sendiri bekas ahli USNO. Kau ada kes mahkamah, hingga hari ini persatuan peguam mahu kau dibicarakan semula kerana mencuri wang rakyat. Tidak menyebabkan Sabah miskin ke?

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading