RAM Beri Penarafan AA1 Kepada SD Bank Kerana Tadbir Urus Lebih Baik Dan Ketat

Apa agaknya sambutan Presiden Warisan, Shafie Apdal dan kuncu kuncunya tentang penilaian cemerlang RAM ke atas Sabah Development Bank Berhad (SD Bank) milik kerajaan negeri Sabah.

RAM adalah agensi antarabangsa yang menilai penarafan kredit satu satu negara setelah kestabilan dan dorongan yang diberikan oleh kerajaan.

Agensi terkemuka dan terbesar di Asia Tenggara ini, menjadi kayu ukur kepada para pelabur untuk melabur. Itulah pentingnya pemerintah negeri memastikan, agensi kewangan terus beroperasi, stabil dan berkemampuan.

Pelabur tidak hanya menilai pada sumber alam dan hubungan yang baik tapi antara yang utama, kemampuan bank tempatan yang menjalankan transaksi.

Nah kalau kepakaran dan kredibiliti RAM juga dipertikaikan oleh Shafie Apdal. Tidak tau lah, memang loyal buruk dan pakar ekonomi cabuk lah.


RAM Ratings affirms Sabah Development Bankโ€™s AA1 ratings on firm commitment of support from state government

RAM Rating Services Berhad (RAM) pada 16 Julai 2024 telah mengesahkan penarafan AA1/Stable/P1 bagi instrumen hutang Sabah Development Bank Berhad (SDB). RAM adalah agensi penarafan kredit terkemuka dan terbesar di Asia Tenggara. Agensi ini menerbitkan penarafan kredit yang memberikan pandangan ke depan yang bebas berkenaan keupayaan penerbit untuk membayar balik obligasi kewangan.

Penarafan AA1 ini menunjukkan bahawa SDB mempunyai keupayaan yang kukuh untuk memenuhi obligasi kewangannya serta mampu bertahan terhadap sebarang perubahan keadaan, perubahan keadaan ekonomi dan/atau perubahan persekitaran operasi.  Penarafan โ€œKukuhโ€ (Stable) menggambarkan penjangkaan RAM bahawa penarafan jangka panjang tersebut akan kekal dan tidak berubah dalam jangka masa terdekat.  Kertas Komersial (Commercial Papers) SDB juga disahkan sebagai P1, iaitu penarafan jangka pendek tertinggi yang diberikan oleh RAM, menunjukkan SDB mempunyai keupayaan yang kuat untuk memenuhi obligasi kewangan jangka pendek.

Dalam kenyaatan RAM, ia menyatakan โ€œPenarafan dilanjutkan dengan menyandarkan kepada sokongan kuat yang diberikan oleh Kerajaan Negeri terhadap SDB dan ke atas pinjaman kewangannya.  Komitmen Kerajaan Negeri ini dinyatakan secara tegas kepada RAM dan pelabur-pelabur SDB. Kapasiti kewangan Kerajaan Sabah disokong oleh kedudukan fiskal yang kukuh dan rizab tunai.

Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, dalam satu kenyataan pada 12 Julai 2024 berkata, โ€œSaya ingin mengesahkan sokongan Kerajaan Negeri kepada SDB pada masa-masa diperlukan, terutamanya komitmen kami untuk memastikan obligasi bon dan pembayaran balik dijaga sepenuhnya.  SDB mencerminkan kedudukan kewangan Negeri dan SDB juga mempunyai peranan penting dalam pembangunan Negeri Sabah.โ€

RAM telah menyatakan bahawa, sejak mengambil alih tugas, pihak pengurusan baru telah memperkukuh tadbir urus dan penjaminan kredit Bank serta meningkatkan usaha pemulihan bagi aset-aset yang bermasalah.

SDB yakin bahawa dengan sokongan kuat dari Kerajaan Negeri dan kepimpinan baru yang berdisiplin, SDB mampu berubah menjadi sebuah Bank Pembangunan yang boleh dibanggakan oleh Negeri Sabah dan rakyatnya.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading