
Keputusan pilihan raya kecil Sungai Bakap tidak memihak pemerintah.
Pada pilihan raya 2023, calon PN hanya mendapat lebih seribu undi majoriti. Sedangkan ketika itu kerusi Sungai Bagap disandang PH.
Semalam keputusan pilihan raya kecil Sungai Bakap 2024, menunjukkan majoriti calon PN bertambah mencecah empat ribu lebih undi.
Siapa yang kalah, sebenarnya?
Yang kalah bukannya PH tapi UMNO. Sebab ahli dan penyokong UMNO tidak mengundi calon PH sebaliknya mengundi calon pembangkang, kerana itulah majoriti undi Melayu bersama calon PN.
Tapi dalam masa yang sama berbangga konon walaupun UMNO kalah dalam pilihan raya umum 2023 tapi masih boleh menjadi kerajaan persekutuan.
Apa jenis pemikiran dan sikaplah segelintir puak UMNO ni. Tidak ada rasa malu dan bersalah langsung.
Beberapa faktor yang menyebabkan calon PH Kalah.
Ramai penyokong UMNO tidak turun mengundi, disebabkan beberapa isu, termasuk isu Najib gagal dalam rayuan penjara di rumah.
Begitu juga pengundi Cina dan India di dakwa tidak turun mengundi disebabkan faktor kerajaan. Entahlah, kalau semua kerajaan tidak betul habis kerajaan mana yang betul.
Kalau kerana peluang pekerjaan yang direbut pekerja asing, jangan salahkan kerajaan Madani tapi persalahkan diri sendiri dan kerajaan UMNO yang selama ini mengimport pekerja luar negara.
Kalau di Semenanjung UMNO semakin teruk apa lagi di Sabah pasti lagi teruk. Iyalah kalau orang Melayu sendiri menolak UMNO, apa lagi orang Sabah.
Kebencian majoriti rakyat Sabah terhadap UMNO bukan lagi rahsia, telah dinyatakan secara terbuka. Iaitu pada pilihan raya negeri Sabah 2020 menyaksikan tiga calon UMNO kalah kepada calon Bebas.
Kini calon Bebas berkenaan bersama kerajaan GRS.
Sebagai calon Bebas pun gagah menumbangkan calon UMNO. Apa lagi hari ini bersama kerajaan GRS lagilah gagah. Dan sudah dipastikan UMNO Sabah pada pilihan raya negeri akan datang akan menerima kekalahan yang lebih teruk.
Saya dikhabarkan baru baru ini parti Warisan telah membuat risikan dan mendapati rata rata penyokong Warisan tidak suka bekerjasama dengan UMNO.
Jadi kan tolong ingatkan UMNO atau Zahid Hamidi agar jangan bawa virus UMNO ke Sabah.
Semalam saya terbaca kenyataan Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Rubiah Wang meresionalkan JKDM di Sabah. Mendakwa fungsi JKDM tidak bertindih dengan tugas JKKK.
Timbalan Menteri haprak.
Bukan soal bertindih atau tidak tapi jawatan JKKK sudah memadai.
Kalau benar ingin membantu rakyat Sabah. Kenapa tidak perkasakan saja JKKK, ambil fungsi JKDM dan serap menjadi tanggungjawab JKKK.
Sudah dimaklumkan oleh kerajaan negeri bahwa jawatan JKDM yang diperkenalkan oleh UMNO bertentangan dengan perlembagaan negeri atau enakmen Pentadbiran Luar Bandar, Pindaan 2023.
Tapi degil, seolah olah sengaja mencabar kerajaan negeri. Walhal di Semenanjung antara sebab UMNO ditolak kerana tidak menghormati perlembagaan atau undang undang. Dimana peraturan hanya berkesan ke atas masyarakat marhaen.
Melaksanakan JKDM bererti menghina kedaulatan Sabah. Sabah bukan kaleng kaleng UMNO oi, Sabah adalah sebuah negara. Apa kaki UMNO berlagak di negara orang.






















Leave a Reply