
Apa kok maksud si Bung Mokhtar.
UMNO Sabah tidak menjalin hubungan dengan parti yang mahu memusnahkan mereka dalam pilihan rayan negeri akan datang.
“Kita masih belum memutuskan parti mana yang akan bekerjasama untuk pilihan raya negeri akan datang, tetapi saya ingin menjelaskan bahawa Umno tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang secara konsisten mengkhianati, memperkecilkan dan menekan kita,”
Macam kenyataan u turn jak ? Sejak Zahid Hamidi datang ke Tuaran sempena mesyuarat perwakilan bahagian UMNO, walaupun cuba dihalang oleh Bung Mokhtar kerana menjemput KM Hajiji.
Membuktikan Bung Mokhtar tidak berpengaruh dan berharga pada penilaian Presiden UMNO Zahid Hamidi. Atau kalau dipermudahkan maknanya, Bung Mokhtar pemimpin yang tidak cerdik dan membawa sial oleh itu wajar diganti dengan orang lain.
Zahid Hamidi datang ke perasmian mesyuarat perwakilan UMNO Tuaran yang dihadiri KM Hajiji setelah mendapat petunjuk atau solat Istikharah.
Pada pilihan raya umum 2018, UMNO kalah teruk di Semenanjung. Sebaliknya UMNO/BN Sabah yang di pimpin Musa Aman berjaya mempertahankan kemenangan dari parti Warisan.
Sebab itulah Shafie Apdal terpaksa membeli beberapa wakil rakyat UMNO/BN untuk membentuk kerajaan Warisan. Kalau tidak, kempunan Shafie merasa bangunan PPNS yang dibina oleh Musa Aman.
Jadi kalau kita berbicara dari konteks kepartian. UMNO adalah parti pembelot dan katak. Bukan GRS seperti yang di dakwa oleh badut Warisan dan UMNO.
Sudah dua pilihan raya, parti Warisan adalah pihak yang benar benar ingin menguburkan UMNO di Sabah. Tapi Bung ingin menjalin kerjasama dengan Warisan, hal ini yang membuat Zahid Hamidi tidak yakin pada kemampuan berfikir Bung Mokhtar.
Setelah UMNO menjadi pembangkang di Sabah. Kepimpinan Datuk Hajiji dan Tan Sri Musa Aman berusaha menumbangkan kerajaan Warisan. Waktu itu kepimpinan UMNO Sabah goyang telur, Bung Mokhtar sendiri yang berkata mereka tidak terlibat dengan usaha itu.
Namun apa bila Shafie membubarkan DUN kerana hilang majoriti. Kepimpinan Bung Mokhtar pula yang ke depan dan terhegeh-hegeh ingin bertanding banyak kerusi.
Dasar Bung Mokhtar yang dikatakan membawa sial, tidak mengenang budi langsung.
Jangan kau lupa Bung Mokhtar, antara sebab Warisan mendapat sambutan rakyat Sabah ketika itu, kerana kebencian mereka pada pemimpin UMNO, seperti kau.
Jelas sudah kamu kenapa sejak kebelakangan Bung Mokhtar celaru dan semakin flip flop.






















Leave a Reply