Meter Air Prabayar Setinggan, Apa Pendapat Pemimpin /dan Badut Warisan, Sokong Ke Tidak ni?

Belum cukup lagi ke fitnah badut dan pemimpin Warisan berkaitan bekalan air yang ditabur ke atas kerajaan GRS.

Mungkin mereka ingat memfitnah dan berbohong adalah juga politik dan masih ramai rakyat Sabah yang tolol dan mudah diperdaya.

Apa pun alasannya, tuduhan pasal bekalan air adalah perbuatan yang kurang bertanggungjawab, sebab pada hakikatnya pemimpin pemimpin Warisan sedar, yang kerajaan negeri  giat membaiki peralatan yang bermasalah  dan menambah baik loji yang sudah usang selain beberapa usaha lain.

Kerajaan sedar mencuri air tidak hanya berlaku di rumah rumah setinggan tapi juga di kilang kilang perindustrian. Pemimpin Warisan juga sedar, kerajaan negeri sedang berusaha keras untuk menanganinya.

Mencuri  air menyebabkan gangguan bekalan air di setengah tempat.

Tapi bila JANS memotong sambungan paip haram menuju UMS, ada badut Warisan yang melecehkannya. Kononnya masalah air di UMS bukan disebabkan aktiviti mencuri air, ini kerana menurut mereka paip utama dari loji, cukup besar berbanding paip haram yang digunakan untuk mencuri air.

Nampak tak betapa jangalnya pendapat badut Warisan. Ada ada saja alasan mereka.

Mereka yang menyebabkan kerajaan melupakan keprihatinan dan bila kerajaan bertindak tegas. Sekarang cuba berlagak sebagai pihak yang prihatin. Pui!

Kes curi air ni tidak hanya berlaku di perkampungan setinggan. Tapi juga melibatkan kilang kilang perindustrian. 

Masalah air semasa kerajaan Warisan sebenarnya lebih teruk dari hari ini. Waktu itu sampai berlaku pergaduhan  di pejabat Cawangan JANS daerah. Ada hospital ketika itu tidak menerima bekalan air.

Justeru sebagai masyarakat, berfikir lah secara logik ketika menilai berita yang disebarkan oleh pembangkang. Namanya juga pembangkang, pasti kerja mereka tidak ada lain, selain menghasut dan terus menghasut.

Mudah saja untuk mengenal berita yang disebarkan fitnah  atau tidak.

Yang berunsur fitnah dibuat oleh orang yang tidak beridentiti.

Kadang kadang sebagai pembangkang  tidak hanya mencari kesalahan pemerintah tapi lebih penting dari itu bersetuju dan menyokong usaha kerajaan negeri di dalam menyelesaikan isu yang dikatakan isu oleh pembangkang.

Seperti usaha terbaru kerajaan negeri, akan menyediakan meter prabayar di  rumah rumah setinggan. Tujuannya bagi mengurangkan pembaziran air sekaligus mengurangkan kerugian JANS.

Belum muktamadkan bererti masih ada masa untuk kepimpinan Warisan menyuarakan pendapat mereka. Bersetuju ke tidak tu. Alahai!

Saya bertanya ni bukan apa. Sebab kita sedia maklum Presiden Warisan menggalakkan masyarakat yang tiada keterangan diri untuk menyokong politiknya. Nanti dalam diam jenteranya menjanjikan mereka macam macam, termasuklah memberikan  keterangan diri. Walhal ia hanyalah janji kosong yang mustahil untuk ditunaikan.

Kita tahu Shafie tidak akan memperjuangkannya. Tengok saja bila PBT merobohkan rumah setinggan di sekitar Kota Kinabalu. Ada kamu dengar Shafie Apdal atau kepimpinan Warisan lain, membuat kenyataan yang mempertahankan mereka? tidak ada. Mereka saja yang menyokong Warisan tanpa mereka sedari Shafie hanya menjadikan mereka alat untuk mengekalkan nafsunya.

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑