Perhimpunan Mahasiswa U.M.S Didalangi Politik Kotor Warisan/UMNO

Timbul lagi polemik air U.M.S yang kita tahu di cetuskan oleh anak anak penyokong parti Warisan.

Jangan nafikan dalam enam mahasiswa yang menjadi A.J.K perhimpunan, satu adalah anak buah Presiden Warisan.

Dikhabarkan sekumpulan mahasiswa U.M.S akan mengadakan perhimpunan pada 14 Jun ini.

Alasan mereka sebab tidak ada air.

Pembohong lah tu, air ada di U.M.S tapi berjadual apa lagi projek mengali air bawah tanah masih berjalan. Tidak boleh bersabar langsung, begini ke sikap orang yang berpendidikan?

Tapi tidak nampak pula muka anak anak K.D.M.R pro Warisan sebagai A.J.K. Suara kamu tidak kena dengar oleh anak ke. Bertukar biul hanya kerana Warisan yang mereka ingat hanya Shafie yang pernah bagi geran tanah. Pergi kamu google Jalin luin.com, buat carian geran tanah. 😂

Himpunan Mahasiswa U.M.S itu berunsur politik yang ditaja pembangkang. Matlamatnya kita tahu, supaya rakyat Sabah memandang mereka dan menyalahkan kerajaan negeri, sekaligus berharap mereka yang cetek pengetahuan am akan menyokong UMNO dan Warisan.

Taktik kampung kampung, untuk mereka yang kampungan.

Sebab itu jangan hairan kenapa hasrat mengadakan perhimpunan itu disusuli kenyataan dari pemimpin UMNO dan Warisan.

Kata Ketua Wira Parti Warisan, kononnya telah lama Sabah berhadapan dengan krisis air. Bikin ketawa, kawasan atau daerah mana tu, kering kontang ke?

Begitu juga kononnya dengan jalan raya yang semakin teruk. Sah Ketua Wira ni jarang keluar dari kampungnya. Admin baru saja melalui jalan tengah dari KK ke Pantai Timur, saya nampak kontraktor sedang giat membina jalan baru. Dalam masa yang sama membaiki jalan lama sementara jalan raya baru disiapkan.

Bekalan letrik, tidak, ada penyelesaian? Pembohong sangatlah Ketua Wira. Tidak dinafikan ada gangguan letrik tapi kerna catuan akibat penggunaan yang melampau. Namun hari ini catuan semakin jarang.

SESB telah memperkenalkan beberapa jalan penyelesaian. Antaranya Jawapan tuntas SESB Berhubung Gangguan Bekalan Letrik Baru Ini (Video)

Saya sendiri ada buat laporan Polis ke atas seorang jurutera SESB kerna bertindak bodoh. Kalau tidak selesai dan ada masa terluang saya akan filekan saman. Ini cara menyelesaikan masalah bukan kerajaan negeri yang dipersalahkan secara total. Mangkuknya.

Ketua UMNO Putatan, si Jefry tidak terkecuali cuba mengambil kesempatan. Ada ke si Jefry lupa si Bung Mokhtar bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang memegang portfolio Menteri JKR Sabah. Lalu apa saja langkah yang telah diperkenalkan oleh si Bung bagi menyelesaikan isu air di Sabah, termasuklah menyalurkan air ke U.M.S?

Kamu tau ke siapa pemimpin pembangkang Sabah yang bertanggungjawab dan sepatutnya menyelesaikan isu air di UMS? jika benar isu air di UMS menjadi keutamaan mereka.

Ada dua tiga orang. Satu, Yusof Apdal Ahli Parlimen Lahad Datu semasa memegang portfolio Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi. Apa yang Yusof telah buat, tidak ada malah anak buahnya pula yang sibuk mengadakan perhimpunan.

Kedua Rahman Dahlan sebagai Pengerusi Lembaga U.M.S daripada UMNO dan seorang lagi Alisgar Haji Basri Ketua Warisan Tuaran yang juga ahli lembaga pengarah U.M.S. Cadangan apa yang mereka telah berikan bagi mengurangkan krisis air di U.M.S?

Kamu tau ke isu air di U.M.S bukannya perkara baru ia berlaku sejak puluhan tahun yang lalu malah bekalan air semakin teruk semasa kerajaan Warisan. Tapi kenapa tidak ada pelajar UMS lantang bersuara dan berhasrat mengadakan perhimpunan? sebab Warisan adalah kerajaan negeri ketika itu.

Jadi kepada anak anak rakyat Sabah yang menolak Warisan, jangan sesekali kamu hadir di perhimpunan berkenaan. Elakkan diri anda menjadi alat pembangkang.

Satu hal yang perlu diketahui U.M.S adalah agensi di bawah tanggungjawab kerajaan persekutuan bukan kerajaan negeri.

Saya dimaklumkan pihak pengurusan U.M.S bermasalah dengan J.A.N.S, besar kemungkinan berkaitan hutang. Justeru amatlah tidak professional jika kerajaan negeri G.R.S pula yang dipersalahkan.

1 thoughts on “Perhimpunan Mahasiswa U.M.S Didalangi Politik Kotor Warisan/UMNO

Add yours

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑