Sabah Tegas Tidak Akan Melepaskan Hak Hak Sabah – Nizam

Badut Warisan tetap badut walaupun ada diantara mereka cuba berlagak atas pagar, kononnya tidak partisan.

Sedangkan terang terang sengaja tidak mempercayai kenyataan dari pemerintah, dalam masa yang sama mengiyakan sumber dari badut  Warisan yang entah dari mana sumbernya dan tidak berasas.

Sebelum ini Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor juga ada mengeluarkan kenyataan berhubung 40% di Mahkamah Rayuan. Tapi tetap saja badut berkelakuan seperti orang yang tidak ada telinga. 😂

Nah ini pula dari Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam. Seperti kenyataan rasmi beliau dibawah.

KOTA KINABALU: Dakwaan bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Kerajaan Negeri gagal melindungi kepentingan negeri kerana mengganggu prosiding mahkamah adalah satu dakwaan dangkal dan tidak berasas, kata Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Nizam mengulangi penjelasan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengenai pendirian Kerajaan Sabah berhubung rayuan semakan kehakiman Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) terhadap tuntutan 40 peratus daripada hasil bersih di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan Sabah dengan tegas tidak akan berputus asa atau berkompromi dengan perkara berkaitan hak Sabah.

“Hak asasi Sabah telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Perdana Menteri melalui ucapan Bajet 2023 telah memberi jaminan bahawa Kerajaan Persekutuan komited untuk meningkatkan kadar pemberian khas berbanding yang dipersetujui sebelum ini, dan akan mempercepatkan proses rundingan untuk mencari penyelesaian.

Sumber Akhbar.

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑