Zahid Wajib Tahu Kenapa Sarawak Maju, Sebab Rakyat Sarawak Haramkan UMNO

Zahid Hamidi datang ke Sibu, Sarawak atas program kerajaan selaku Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Dalam ucapannya memuji kemajuan teknologi hidrogen yang  dicapai kerajaan Sarawak, GPS.

Menurutnya, tiada negeri lain di Malaysia yang mempunyai tujuh institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) seperti Sarawak yang mengajar bidang teknologi seperti Internet of Things, robotik dan teknologi baharu.

Si Zahid juga memuji negeri Sarawak menjadi pilihan golongan muda dalam bidang TVET.

Justeru Sarawak katanya boleh dijadikan contoh dan dia percaya kemajuan  disebabkan kepimpinan Abang Johari selaku Ketua Menteri Sarawak.

Betul betul si Zahid tidak ada kesedaran diri dan pura pura tidak maklum faktor yang menyebabkan kerajaan Sarawak stabil dan maju seperti hari ini.

Melaka selepas pilihan raya negeri Melaka 2021 telah melantik pemimpin UMNO menjadi Ketua Menteri, tapi bukan kroni Zahid Hamidi. Tidak sempat tiga tahun Sulaiman terpaksa meletakkan jawatan ditukar dengan Rauf Yusoh.

Begitu juga dengan Perak. Elok Menteri Besar dari Bersatu menjalankan tugasnya. Kumpulan si Zahid tidak duduk diam, di ajak Adun DAP buat  usul undi tidak percaya, walhal ketika itu UMNO dan DAP musuh sampai ke mati. Menyebabkan Menteri Besar Perak bertukar menjadi milik UMNO, Saarani Mohamad.

Sabah tidak terkecuali. Sepatutnya UMNO Sabah sudah mampus selepas pilihan raya umum 2018.

Pada tahun 2020 kerajaan Warisan hilang sokongan majoriti Adun  yang membawa kepada  pilihan raya negeri Sabah 2020, menyaksikan Warisan tumbang. Maka dilantik lah si Bung Mokhtar menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah walaupun jumlah kerusi yang dimenangi  UMNO tidak sampai separuh dari kerusi yang di tandingi.

Tapi tidak lama si Bung dipecat dari  timbalan ketua menteri Sabah.

Akibat UMNO yang bermusuh dengan Warisan atau Shafie setiap kali pilihan raya. Tiba tiba berkomplot cuba merompak jawatan Ketua Menteri Sabah daripada Datuk Hajiji Noor. Namun berjaya di patahkan apa bila beberapa Adun UMNO dan Warisan bertindak meninggalkan parti dan menyokong kepimpinan Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.

Nah nampak kamu, dua atau tahun penggal pemerintahan negeri hanya sibuk menepis politik jahat UMNO. Maka jangan hairan kenapa Sabah tidak setanding Sarawak.

Di Sarawak bukan hanya parti UMNO yang diharamkan, tapi juga pemimpin UMNO jika cuba menyebarkan politik kotor mereka di Sarawak.

Faktor besar yang menyumbang kepada kemenangan GPS pada pilihan raya negeri Sarawak 2021 ialah kerana GPS mengisytiharkan pendirian mereka pada rakyat Sarawak bahwa GPS tidak lagi bekerjasama dengan BN/UMNO.

Jadi Presiden UMNO, Zahid Hamidi sedar diri  sikit kalau memuji Blok Borneo. Kau selaku pemimpin UMNO di Perak pun mulai sudah ditolak oleh orang Melayu sendiri, kerana sikap kamu yang cakap tidak serupa bikin. Lain di hati lain di mulut gara gara gila kuasa. Sedangan rakyat tidak terbela.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading