JKDM Melanggar Ordinan Pentadbiran Luar Bandar Sabah, Hanya Satu Badan Pengurusan Kampung

UMNO Warisan perosak kedaulatan Sabah. Jadi sesiapa yang benar benar sayangkan Sabah, muntahkan jauh jauh dua parti ini. Jika tidak anda bakal menyesal seumur hidup.

Mereka terdesak dan gila ingin duduk dalam PPNS yang dikeji oleh pembangkang sebelum ini, kononnya membina bangunan PPNS ketika itu satu pembaziran wang rakyat.

Berkaitan isu yang menjadi isi artikel ini.

JKDM yang diwujudkan UMNO dan Warisan selain bertujuan politik ia juga tampak sengaja melanggar perlembagaan Sabah.

Ternyata dalam perlembagaan negeri Sabah ada Ordinan Pentadbiran Luar Bandar yang menggariskan, hanya satu badan pengurusan kampung yang dibenarkan.

Ertinya dalam hal ini hanya satu JKKK yang dibenarkan dalam setiap kampung.

Tapi nampaknya UMNO tidak menghormati  perlembagaan negeri Sabah bila si Zahid Hamidi dan si Bung sengaja mengujudkan JKDM di setiap daerah atau kampung di negeri Sabah. Yang kita tahu matlamatnya hanya satu untuk kepentingan parti UMNO.

Tapi tidak pula berani mengujudkannya di Sarawak sedangkan JKDM dibawah Kementerian si Zahid Hamidi.

Betul betul Timbalan Perdana dari UMNO itu tidak beradab dan  kurang ajar. Macam mentaliti Rohingya  pun ada, tidak boleh membezakan mana hak orang, semuanya dilanggar.

Sudah menjadi kebiasaan UMNO, menafikan perlembagaan dan  hak Negeri Sabah.

Selama UMNO menjadi kerajaan diperingkat pusat iaitu sekitar 60 tahun yang lalu, mereka tidak pernah menghormati perjanjian Malaysia 1963.

Malah Timbalan Presiden UMNO Tok Mat pernah mencadangkan supaya kandungan perjanjian Malaysia 1963 diperbaharui.

Terbaru sekecil kecil hak kerajaan negeri, pun dinafikan. Memang kurang ajar.

Samalah dengan si Shafie Apdal aka Warisan selama ini lantang bercakap soal perlembagaan Sabah, tapi menikus malah turut sama membentuk JKDM.

Bagus kalau si Zahid ni dihalang memasuki Sabah, dia ni pun kalau menurut si Zaharin aka sang kelambai, bukannya orang Malaysia sangat pun.

Tapi kamu tengok nafsunya macam mahu jadi  Sultan di Sabah. Pui!

Padan pun rata rata rakyat Sabah yang berakal berazam akan menguburkan UMNO pada pilihan raya negeri yang akan datang.

UMNO belum cukup insaf setelah calon BN/UMNO kalah kepada calon Bebas pada PRN Sabah 2020.


PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, Sabah mempunyai Ordinan Pentadbiran Luar Bandar yang sudah dipinda untuk pentadbiran kampung dan seharusnya hanya satu badan pengurusan kampung di negeri ini.

Beliau berkata, Ordinan Pentadbiran Luar Bandar itu telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di mana hanya ada satu pentadbiran kampung iaitu JKKK yang diiktiraf yang dilantik oleh kerajaan negeri.

โ€œSekiranya ia merupakan satu dasar negara, maka ia harus dilaksanakan di seluruh negara, tetapi di Sarawak dan beberapa negeri lain di Semenanjung ianya tidak dilaksanakan.

โ€œOleh itu, saya  telah menjelaskan pandangan saya yang cukup tegas, tidak setuju tentang penubuhan JKKP apabila ia dibangkitkan di kabinet. Saya percaya keputusan pada ketika itu cadangan tersebut haruslah dirunding dengan kerajaan negeri. Jadi saya tidak tahu kenapa ia masih diteruskan.

โ€œSaya akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada kementerian yang berkenaan dan saya juga ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan negeri sama ada ia dirujuk tentang penubuhan ini,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Penampang, di Padang B, Kompleks Sukan Penampang, di sini, hari ini.

Ewon yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) percaya, penubuhan JKKP lebih kepada inisiatif parti politik dan tidak melalui wakil-wakil rakyat.

โ€œContohnya di Moyog, saya tidak pernah dibawa berbincang. Begitu juga di Kadamaian, saya tidak akan menghantar senarai bagi kawasan DUN Kadamaian kerana ini pendirian saya iaitu tidak harus ada satu pentadbiran JKKK yang kedua dalam satu satu kampung di Sabah.

โ€œSebagai wakil rakyat dari Sabah, dan walaupun mempunyai kementerian persekutuan, saya tetap berpendirian bahawa tidak harus ada JKKP di Sabah,โ€ katanya.

Ewon menegaskan, beliau tidak bersetuju dengan pewujudan JKKP di Sabah.

โ€œPandangan dan pendirian saya sudah direkodkan dengan jelas dalam perbincangan kabinet dan pendirian saya tidak berubah sejak saya menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah.

โ€œPada ketika itu juga ada usaha untuk menubuhkan MPKK Persekutuan, saya menyatakan bantahan dan pendirian saya kekal sehinga hari ini,โ€ katanya.

โ€œPada saya dan UPKO, harus ada satu institusi pentadbiran kampung mengikut ordinan yang telah diluluskan di DUN iaitu Ordinan Pentadbiran Luar Bandar Sabah yang telah diluluskan dan dipinda pada sidang DUN Januari lepas,โ€ katanya.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading