
Pemikiran yang dangkal dan sebenarnya hina sebagai makhluk yang dianugerahkan akal untuk berfikir.
Tuduhan diatas saya tujukan pada Ketua Bahagian UMNO Kota Kinabalu, Musliati setelah kritikannya ke atas penyokong GRS yang cukup bertentangan dengan konsep demokrasi.
Pada saya orang yang mengeluarkan pendapat seperti itu bukanya pemimpin tapi orang kebanyakan dan tidak kompeten tapi bercita cita ingin jadi pemimpin. Sebab itulah kenyataan mereka belum apa apa sudah menafikan hak rakyat untuk memilih.
Si Musliati dalam entrinya konon tidak berpuas hati bila UMNO dipanggil Samseng Malaya. Lalu mengungkit sejarah lampau yang menyebabkan UMNO berjaya menjarah kekayaan Sabah.
Sekaligus melecehkan mereka yang meninggalkan UMNO.
“Pemimpin” dangkal seperti si Musliati inilah yang menyebabkan UMNO dilihat tidak lagi relevan oleh golongan muda, terutamanya mereka yang berpendidikan dan memahami konsep demokrasi.
Memilih adalah prerogatif rakyat dan parti hanyalah wadah atau alat semata mata yang boleh ditinggalkan bila bila masa, apa lagi parti UMNO yang sarat dengan penyelewengan hak rakyat Sabah.
Sebab itulah tanpa pemimpin yang berkualiti wadah atau parti itu akan ditolak oleh pengundi, begitu pula sebaliknya.
Buktinya ramai wakil rakyat GRS pada siri pilihan raya yang lalu mudah mempertahankan kemenangan mereka, walaupun bertanding atas parti yang baru diperkenalkan atau bertanding atas tiket bebas.
Begitu pula Zahid Hamidi walaupun bertanding di Parlimen yang dia wakili sejak berdekad yang lalu dan berjawatan Presiden UMNO Malaysia. Tapi mendapat kemenangan nyawa nyawa ikan, hanya mendapat lebih kurang 300 undi majoriti.
Realitinya UMNO ditolak sebab terlalu banyak dakwaan penyelewengan dana rakyat yang dikaitkan dengan pemimpin parti. Seperti contoh, Zahid Hamidi selaku Presiden parti dan Bung Mokhtar selaku ketua UMNO Sabah mereka berhadapan dengan tuduhan rasuah di Mahkamah.
Walaupun Mahkamah telah membebaskan mereka tapi persatuan peguam serta rakyat tidak berpuas hati, menuntut di mahkamah agar mereka dibicarakan semula.
Bayangkan rakyat mulai hilang kepercayaan pada sistem kehakimanan, gara gara kepimpinan UMNO yang kantoi maling di Mahkamah.
Jadi selagi pemimpin pemimpin UMNO seperti itu mengetuai UMNO. Maka menjadi satu kewajipan pada sesiapa untuk meninggalkan parti UMNO.
Kini Warisan dan UMNO bekerjasama sedangkan dulu menghina dan memijak pemimpin dan pengikut UMNO sebagai pencuri dan perompak hak rakyat Sabah. Menyebabkan Warisan mendapat tempat di segelintir hati rakyat Sabah.
Begitu pula hinaan penyokong UMNO terhadap Shafie sebagai pencuri dana KKLW.
Shafie ketika itu sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia dibuang dari UMNO setelah mengkritik Najib Razak berhubung 1MDB. Sekarang Najib ada dimana?
Jadi kenapa si Musliati Moslimin tidak menghina kerjasama UMNO dan Warisan.
Si Musliati ni macam pemikiran orang yang tidak merdeka dan total tidak ada semangat nasionalisme. Tidak habis habis dengan UMNOnya. Sedangkan bukan dia tidak tahu, Sarawak tu lebih maju dari Sabah kerana UMNO diharamkan disana.
Si Musliati ingat projek dan wang ringgit yang dia dapat dari kerajaan UMNO adalah duit parti UMNO ke? gila ke?
Atau dia yang tidak boleh hidup tanpa dana daripada UMNO tapi kenapa melecehkan orang lain.
Kota Kinabalu kubu DAP, untuk apa UMNO berpolitik di sana? benar benar cari makan dalam politik.
Kita sedar orang macam dia tu, apa cara sekalipun UMNO yang sudah kantoi maling harus di justifikasi biar rakyat Sabah balik menerima UMNO. Pui!
Sembang lah kari lah dia sana.
Pandai pula bercakap kononya kifarah, tentang mana kifarah berlaku kalau lari dari UMNO yang sarat dengan kebatilan. Tuhan apa yang disembah oleh si Musliati itu ya?






















Leave a Reply