Zahid Hamidi tabur janji bulan bintang untuk yang ke sekian kalinya. Hakikatnya untuk balik menjajah Sabah.
30 tahun menjarah kekayaan dan struktur rakyat Sabah, tak kan masih ada dikalangan kita yang buta mata dan hati.

- Di Kinabatangan 10 Mei 2024 baru-baru ini, TPM Zahid Hamidi membuat simbolik penyerahan watikah Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Desa Madani.
- Nampaknya, strategi politik pecah perintah UMNO-BN diguna sekali lagi, sebagaimana masa mereka ingin menumbangkan PBS dan membawa parti Malaya UMNO masuk ke Sabah.
- Apa gunanya JKuasa Pembangunan Desa Madani, sedangan JPKK sudah wujud. Pastinya pertama, guna duit rakyat untuk bayar elaun kepada jentera UMNO-BN di kampung-kampung. Dana awam/duit rakyat yang patut diguna untuk buat jalan, parit, eletrik luar badar kini diguna oleh Kementerian dipimpin Zahid untuk kuatkan UMNO, bagi duit kepada pemimpin mereka. Kedua, kerana UMNO ingin hidupkan semula UMNO di akar umbi yang sudah longlai dengan mengupah jentera atas nama JKuasa Pembangunan Desa Madani. Lebih RM30 juta akan diguna untuk bayar elaun jentera-jentera UMNO ini.
- Jabatan KEMAS akan kembali diguna untuk agenda UMNO. Program di Kinabatangan dinamakan Sentuhan Desa KKDW, guna peruntukan KKDW, peruntukan Kerajaan, tapi yang menggerakkan para pemimpin Wanita UMNO dengan bekas Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil mengetuai cabang UMNO dinamakan HAWA.
- Amat malang, Kerajaan Pusat bawa agenda Malaysia Madani, rupanya Madani diguna untuk politik pecah perintah. Sehinggakan sekecil-kecil jawatan di kampung pun sekarang akan dipilih dan dilantik oleh pemimpin Malaya di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Putrajaya.
- Terserah kepada rakyat Sabah menilai. Lebih 30 tahun UMNO-BN menguasai Sabah, kita jauh ketinggalan berbanding Sarawak. Sekarang mereka ingin kembali menguasai Sabah, bermula dengan pemimpin kampung, berikutnya segala jawatan hingga Ketua Menteri akan mereka tentukan. Masih mahu UMNO-BN???!!!
11 Mei 2024






















Leave a Reply