
Shafie membuat kenyataan umum tentang kayu balak tapi tidak menyebutnya secara detail seperti pihak mana yang terbabit.
Tiba tiba mempersoal ke mana konok balak di hantar dan ke mana hasilnya.
Hasilnya menjadi pendapatan kerajaan negeri Sabah lah dan ia berlaku sejak era USNO, Berjaya dan kerajaan hari ini.
Shafie pura pura bertanya pula. Puiii!
Kita sedar, Shafie sengaja mencipta polemik agar orang kampung yang buta ilmu pengetahuan am terus keliru dan menyokong Warisan.
Kalau kayu balak yang dibawa oleh lori melalui jalan Telupid baru baru ini adalah milik syarikat Sinora dari Korea yang beroperasi di Sandakan. So ia bukannya isu.
Tapi video kayu balak yang dipolemikkan oleh Shafie itu. Saya rasa Shafie sendiri tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Sudah bertukar menjadi badut Warisan ke, apa?
Kamu rakyat Sabah, jangan pernah melupakan skandal KKLW justeru adalah tidak cerdik kalau kamu menyokong parti Warisan.
Oleh itu saya ingin bertanya pada Shafie.
Bagaimana pula dengan nasib kayu balak yang dibawa oleh deretan lori semasa kerajaan Warisan iaitu sekitar tahun 2019. Ke mana kayu balak berkenaan diserahkan, berapa pula pendapatan kerajaan negeri waktu itu dan telah dibelanjakan untuk apa?
Untuk nota berdasarkan maklumat yang boleh dipercayai. Sebelum kerajaan Warisan rizab kewangan kerajaan Sabah sebanyak 3.7 bilion tapi berkurangan menjadi 1 bilion ringgit dibawah kerajaan Warisan. Apa barang oh!
Bukan main lagi ketika Shafie menjadi ketua menteri, “berjuta” dana Yayasan Sabah digunakan untuk mengubah suai rumah rasmi Ketua Menteri, sedangkan masa itu rakyat Sabah amat memerlukan bantuan.























Leave a Reply