Hajiji Terima Kunjungan MB Kelantan



KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Besar Kelantan, Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Haji Daud di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya pada Khamis.

Haji Mohd Nassuruddin berada di Sabah pada Khamis dan Jumaat kerana menghadiri majlis rasmi di Kota Kinabalu.

Ini merupakan kunjungan rasmi pertama beliau ke Sabah selepas dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang ke-19 pada 15 Ogos 2023.

Turut hadir ialah isteri Haji Mohd Nassuruddin, Datin Wan Nor Hanita Wan Yaacub, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan, Ustaz Asri Mat Daud dan timbalannya, Encik Nik Bahrum Nik Abdullah, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Haji Abdul Rahman Yunus dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat, Encik Bahari Mohamed Nor.

Hadir sama isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr.Haji Mohd Arifin Mohd Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong dan isteri, Datin Seri Panglima Datuk Dr. Hajah Nuinda Haji Alias

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑