
Pihak Warisan melalui badut mereka terus menyebarkan fitnah dan pembohongan ke atas kerajaan Warisan atau Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor. Yang kita tahu tujuannya untuk menutup kegagalan mereka, baik sebagai kerajaan negeri mahupun sebagai parti politik.
Badut Warisan mendakwa Ketua Menteri Hajiji Noor telah mengaku gagal menyelesaikan isu air, letrik dan jalan raya.
Tidak pernah sekalipun Ketua Menteri, Hajiji membuat pengakuan gagal. Sebaliknya Ketua Menteri Hajiji terpaksa menanggung kegagalan yang ditinggalkan oleh kerajaan Warisan.
Nampak jelas disini pihak Warisan kian terdesak dan mati kutu. Setelah menyedari parti Warisan bukan lagi pilihan orang orang mengundinya sebelum ini.
Berulang kali dijelaskan. Isu air, letrik dan jalan raya adalah tinggalan kerajaan Warisan. Buktinya kerajaan Warisan gagal membaiki jalan raya Telupid, walaupun telah berjanji akan membaikinya seawal tahun 2019.
Kerajaan Warisan tidak pernah membuat kerja kerja nilai tambah ke atas sistem perkhidmatan dan peralatan SESB dan JANS. Walhal semasa kerajaan Warisan, bekalan air dan letrik mulai bermasalah. Membuktikan isu air dan letrik hari ini diwarisi dari kerajaan Warisan.
Entri dibawah bertarikh 17 September 2018 – 25 Mei 2019 adalah buktinya.
Nasib baiklah kerajaan Warisan berjaya ditumbangkan oleh rakyat Sabah. Hari ini jalan raya utama Telupid sentiasa dibaiki sementara projek Pan Borneo disiapkan setelah ditangguhkan semasa kerajaan Warisan selama dua tahun setengah.



Badut Warisan juga berbohong kononnya KDNK kerajaan Warisan lebih tinggi dari kerajaan GRS. Dimana kerajaan Warisan mencatatkan RM85.6 bilion. Fakta bohong, memang sial puak dajal ni.
Hakikatnya KDNK Sabah dibawah kerajaan Warisan menguncup selama dua tahun berturut-turut iaitu 1.5% pada 2018 dan 0.5% pada 2019 dan tahun 2020 hanya mencatatkan RM77.80 bilion bukan RM85.6 bilion. Ini membuktikan kerajaan Warisan gagal memajukan ekonomi Sabah dan menyediakan peluang pekerjaan.
Kadar pengangguran semasa kerajaan Warisan berada pada paras terburuk dalam tempoh 20 tahun iaitu sebanyak 5.8%. Ini bermakna lebih daripada 117,000 rakyat Sabah tidak mempunyai pekerjaan. Kerajaan Warisan memang gagal.
Berbanding semasa kerajaan GRS, pada tahun 2022, KDNK Sabah mencatatkan peningkatan sebanyak 3.7 peratus, berbanding 1.5 peratus pada tahun sebelumnya sebanyak RM81.9 bilion (2021: RM79.0 bilion). Bermakna kerajaan GRS berjaya menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah.
Sabah dibawah kerajaan GRS menduduki tempat kelima tertinggi dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lepas. Selangor berada di kedudukan teratas, diikuti Kuala Lumpur, Sarawak, Johor dan Sabah (kelima), manakala Pulau Pinang di tangga keenam.
Benar kerajaan GRS ditubuhkan bersama BN tapi apabila Bung berkomplot dengan Shafie untuk merompak jawatan ketua menteri Sabah dari Datuk Hajiji. Beberapa Adun dari BN dan Warisan bertindak meninggalkan parti mereka dan menyokong Ketua Menteri Hajiji atau kerajaan GRS.
Jadi dakwaan kononnya kerajaan GRS tidak lagi mendapat sokongan ADUN adalah satu lagi pembohongan Warisan.





















Leave a Reply