Nurfaizah Chua Cermin Muka Supaya Kau Tau Warisan Game Over Sudah

Saya satu group whatsapp dengan si Nurfaizah Chua ni. Saya tidak mengenalinya tapi lagaknya persis badut, suka bercakap sesuatu yang dia sendiri tidak tahu kebenarannya.

Kalau saya tidak kenal orang itu dalam dunia politik Sabah itu bererti dia tiada dalam buku, ertinya besi buruk kok itu.

Berdasarkan perdebatan kami yang berlaku dua tiga kail sebelum ini, saya dapati perempuan ni agak bongok, hipokrit, pembohong serta kuat mengada ngada.

Bila keadaan tidak lagi memihaknya mulalah berlagak budiman seolah bukan dia yang melontarkan komen kebencian. Macam Islam plastik pun ada.

Seperti dakwaannya yang tersebar baru ini kononnya rakyat Sabah akan menyokong parti Warisan pada pilihan raya negeri akan datang sebaliknya ke atas GRS. Itu yang saya katakan Ketua Wanita Warisan ni tin kosong, suka mengada ngada dan pembohong.

Apa faktor yang menyebabkan rakyat Sabah tidak jerak menyokong kepimpinan Warisan yang telah terbukti gagal sebagai kerajaan negeri?

Banyak janji pilihan raya tidak ditunaikan, terutamanya janji pada orang kampung. Ekonomi Sabah sangat lemah dibawah kerajaan Warisan. Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia yang dikeluarkan pada Ogos 2020 menyatakan, KDNK Sabah menguncup selama dua tahun berturut-turut iaitu 1.5% pada 2018 dan 0.5% pada 2019.

Janji membina kilang tayar tidak kesampaian. Kilang minyak masak olok olok pun tidak pernah untung.

Pan Borneo dibatalkan dua tahun setengah kerana perasaan tamak dan dengki. Yayasan Sabah dibawa kerajaan Warisan mengalami kerugian sehingga 10 juta akibat kebodohan pentadbiran Shafie.

Masalah air, jalan raya dan letrik adalah sebenarnya tinggalan kerajaan Warisan. Buktinya jalan raya tidak pernah dibaiki, peralatan memproses bekalan letrik dan bekalan air bersih tidak ada kerja kerja nilai tambah.

Jadi apa?

1. Merujuk kepada kenyataan Norfaizah Chua, Ketua Wanita Warisan, bahawa kononnya rakyat Sabah akan memberikan sokongan kepada parti Warisan pada PRN17, hakikatnya hanya berbentuk menyedapkan hati mereka sendiri kerana tiada asas bahawa rakyat akan memberi sokongan.

2. Sepatutnya Norfaizah bercermin muka dahulu sebelum membuat kenyataan sedemikian kerana Warisan adalah parti yang telah ditolak rakyat pada PRN tahun 2020, dan parti itu juga dihukum oleh rakyat sekali lagi pada PRU15 apabila hanya dapat mempertahankan 3 kerusi Parlimen daripada 8 yang telah dimenangi pada PRU14, termasuk kekalahan teruk Timbalan Presiden dan Ketua Pemuda Parti itu.

3. Betul, parti Warisan pernah menjadi kerajaan negeri selepas PRN tahun 2018 disebabkan oleh lompatan beberapa wakil rakyat BN ketika itu, walaupun Warisan tidak memenangi PRN, tetapi boleh dikatakan Warisan menjadi kerajaan hanya sebagai rekod, tiada tanda-tanda atau kesan positif yang boleh diingati rakyat kecuali gaya hidup para pemimpin parti itu yang berubah, sedangkan rakyat tidak mendapat apa-apa pembelaan.

4. Warisan tidak mempunyai hala tuju selain hanya pandai bercakap kosong, bermain politik yang tidak matang, dan mendendangkan isu-isu yang mereka sendiri gagal untuk menyelesaikannya. Dengan sikap pemimpin seperti ini, rakyat Sabah pasti akan menolak parti Warisan pada PRN akan datang.

5. Kenyataan Datuk Seri Hajiji, Ketua Menteri, berkaitan PRN17 Sabah akan diadakan sehingga tamat penggal adalah satu pengesahan bahawa setiap pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mahu melaksanakan semua perancangan dan merealisasikannya untuk dirasai rakyat, kerana sememangnya KPI sesebuah kerajaan apabila berjaya mencapai apa yang telah dirancang dan dibuat untuk kepentingan rakyat yang telah memberi mandat.

6. Kerajaan GRS PH Plus, pimpinan Datuk Seri Hajiji, mempunyai hala tuju yang jelas, setiap yang dimulakan mesti berakhir dengan hasil, bukannya seperti pemimpin Warisan yang hanya gempak seperti tin kosong.

7. Data tidak pernah berbohong dalam tiga tahun pemerintahan Datuk Seri Hajiji bersama kabinet dan pemimpin kerajaan, kutipan hasil negeri terus mencatit rekod melepasi angka RM5 bilion, malah untuk tahun 2022 dan 2023 hampir mencecah RM7 bilion, suatu rekod yang tidak pernah dicapai sebelum ini.

8. Para pemimpin parti Warisan sangat bimbang apabila semakin banyak projek-projek kerajaan untuk kepentingan rakyat direalisasikan, maka semakin hanyut lah mereka dan mungkin terkubur selama-lamanya.

9. Cerita rekaan pemimpin Warisan yang disampaikan oleh cytro upahan mereka memakan diri sendiri, kerana semakin hari terdedah bahawa apa yang mereka war-warkan hanya cerita bohong dan fitnah.

10. Tidak sedarkah Ketua Wanita parti Warisan ini bahawa semakin hari

parti itu kehilangan keahlian termasuk pemimpin. Maka parti yang telah ditolak oleh ahli dan pemimpin sendiri takkan pula disokong oleh rakyat.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading