Dokumen Pengenalan Diri Tunggal Tangani Isu Pelarian Filipina Di Sabah

Dokumen Pengenalan diri tunggal akan diperkenalkan bagi menyelesaikan masalah PATI di negeri Sabah.

Dokumen pengenalan diri tunggal ini diputuskan Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing Negeri Sabah.

Seramai 51,645 orang pelarian memegang dokumen IMM13, manakala 47,518 orang memegang Sijil Banci Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah/Labuan dan 36,892 orang lagi memegang dokumen Resit Pengenalan Sementara Jabatan Ketua Menteri.

Nah suka saya mengingatkan golongan yang bakal diberikan dokumen tunggal kelak.

Bahwa ini adalah usaha yang dijalankan oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri bagi mengakhiri kemelut PATI yang sekian lama menjadi isu. Dan sebenarnya dari satu sisi ia juga menjadi modal pembangkang Warisan sejak dari dulu.

Dari satu sisi kehadiran PATI dari Filipina dan Indon, menjadi modal Shafie dengan memberikan harapan palsu agar kawan kawan dan ahli keluarga PATI akan menyokong parti Warisan. Namun dari sisi KDMR pro Warisan, Shafie mengeji kehadiran PATI dengan harapan KDMR pro Warisan akan menyokong parti Warisan.

Tidak seperti GRS, Kerajaan GRS menyelesaikan sesuatu isu secara tuntas sedangkan kerajaan Warisan sekadar mempolitikkan kehadiran PATI tanpa mereka sedari keadaan semakin memburuk.

Selepas ini pandai pandailah golongan yang berkenaan menghargai usaha pemerintah khususnya kerajaan negeri. Jangan menjadi spesis yang tidak pandai bersyukur dan tidak reti diuntung. Nanti tidak ada siapa juga yang rugi melainkan bekas PTI itu sendiri, kalau bukan hari ini pasti suatu hari nanti.

KUALA LUMPUR: Isu pengurusan pelarian Filipina di Sabah yang dikatakan sudah berada di negeri itu sejak 1970-an dengan bilangannya kini mencecah 136,055 orang akan ditangani menerusi dokumen pengenalan diri tunggal.

Ia diputuskan Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing Negeri Sabah.

Jumlah pelarian itu dikenal pasti melalui data semak silang antara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Sabah serta Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Pejabat Ketua Menteri Sabah.

Daripada jumlah itu, seramai 51,645 orang pelarian memegang dokumen IMM13, manakala 47,518 orang memegang Sijil Banci Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah/Labuan dan 36,892 orang lagi memegang dokumen Resit Pengenalan Sementara Jabatan Ketua Menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan memandang serius status dan masa hadapan golongan berkenaan.

Beliau berkata ia diterjemahkan melalui forum Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing Negeri Sabah yang merangkumi Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Teknikal.

Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing Negeri Sabah dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Menteri Sabah dan Menteri Dalam Negeri manakala di peringkat Jawatankuasa Teknikal pula dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Timbalan Menteri Dalam Negeri.

“Jawatankuasa ini bertindak sebagai platform untuk meneliti dan merancang hala tuju pelarian Filipina di Sabah.

“Jawatankuasa juga mengesyorkan agar pendataan semula dibuat terhadap mereka merangkumi pengambilan biometrik dan gambar untuk simpanan profil mereka yang terkini dan teratur. Ini membolehkan kedudukan dan status mereka juga dikesan semula.

“Jawatankuasa ini juga memutuskan supaya satu dokumen pengenalan diri tunggal diaplikasikan bagi memudahkan pengurusan pelarian Filipina di Sabah pada masa hadapan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Madius Tangau (PH-TUARAN ] yang meminta Perdana Menteri menyatakan berapa bilangan serta apakah masa depan kehadiran pelarian Filipina di Sabah yang sudah berada di Sabah sejak awal 70-an.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading