Abang Adik Pakar Ekonomi Tapi Lahad Datu Termiskin Dan Semporna Terkotor Di Sabah


Adik pakar Kewangan, abang pakar ekonomi begitu senario yang kita boleh berikan kepada ahli Parlimen Lahad Datu, Yusof Apdal dan ahli Parlimen Semporna, Shafie Apdal.

Tapi  Rafizi (Menteri di PMO Ekonomi) menyatakan Lahad Datu tersenarai lapan daerah termiskin di Sabah.

Semporna pula sebelum kerajaan GRS terkenal seantero dunia sebagai pekan terkotor di Malaysia.

Amat memalukan bukan kerana catatan kemiskinan dan pekan terkotor itu sendiri tapi lebih menjurus kepada kepimpinan mereka seolah olah dimalukan sebagai pemimpin Warisan dan ahli Parlimen yang selama ini suka menyalahkan pihak lain sebagai modal politik. Sedangkan andai sejarah politik di undur mereka lah yang lebih bertanggungjawab dan sepatutnya dipersalahkan sehingga hari ini.

Orang mau cakap begini terhadap legasi Shafie, selamanya menjadi keluarga politik tapi selama itu juga merugikan masyarakat yang menyokong kecuali mereka adalah kroni dan kerabat keluarga Shafie. Tidak hairan kenapa hari ini pelbagai kelemahan dan aib politik mereka terbongkar dengan sendirinya.

Sepatutnya Semporna turut tersenarai daerah termiskin, jangan Rafizi ingat bangunan kedai dan premis yang ada milik orang tempatan. Bukan sebenarnya, ia adalah milik tauke atau pelabur Cina. Sepatutnya Rafizi berjalan lebih jauh, pergi ke kampung kampung tertua di Semporna tanya mereka apa kemajuan yang telah diberikan oleh Shafie dan apa janjinya yang tidak ditunaikan.

Shafie 30 tahun jadi ahli Parlimen Semporna dan pernah memegang portfolio Menteri KKLW dan Ketua Menteri Sabah. Apa yang ada? yang ada hanyalah polemik dalam parti dan politik tapi hasilnya kosong.

Sebab itulah PBT Semporna jangan syok sendiri dan terus menjadi bahan ketawa pemimpin Warisan. PBT pula yang sibuk mengatur dan mengindahkan Pekan Semporna. Serahkan kemajuan Pekan Semporna tu kepada kepimpinan Warisan daerah.

Rugi kerajaan GRS atau masyarakat membayar gaji mereka. Lebih baik PBT buat kerja lebih berfaedah mengindahkan Kampung kampung, apa lagi Kampung yang wujud sebelum Sabah mencapai kemerdekaan. Ekonomi Semporna serba banyak datang dari sini, kalau tidak percaya pergi tanya pemborong barang runcit dan KPDNK Semporna.

Hari ini pelabur asing menguasai ekonomi dan lot atau pulau di Semporna. Kalau ikut sifir badut Warisan, itu bererti Semenanjung Semporna telah dijual atau diserahkan kepada pelabur asing, seperti dakwaan mereka terhadap kerajaan GRS, Sabah telah dijual.

Sebenarnya dari konteks Semporna sifir ini agak realistik. Semporna telah dijual semasa kerajaan Warisan tapi yang didakwa oleh badut Warisan, GRS jual Sabah kepada pelabur.

Pelabur berfungsi memajukan tempat dan membuka peluang pekerjaan kepada anak anak tempatan. Pelabur bukan bodoh sekadar mencari untung melalui urusniaga tapi mereka ingin membina legasi atau aset jangka panjang.

Sayang daerah Lahad Datu yang diasaskan oleh golongan bangsawan hari ini cerca merbah di tangan politik Warisan.

Lahad Datu adalah pusat ekonomi keempat terpenting di Sabah. Kelebihan ini ada sejak dulu iaitu sebelum parti Warisan wujud. Tapi hari ini Lahad Datu tercorot lihat saja bandarnya macam tamu malam minggu di ladang kelapa sawit, itu itu juga. Banyak premis yang ditutup akibat kerugian. Selain berlaku pembentukan koloni dalam perniagaan. Ini Yusof Apdal tahu ke?

Kedudukan Lahad Datu yang strategik dan keempat terpenting di Sabah dari sudut ekonomi Sabah. Mesti ada yang tidak kena bukan kerana Yusof Apdal tidak diajak dalam mesyuarat tindakan daerah. Tapi sebagai ahli Parlimen dia gagal memikul tanggungjawabnya.

Sebelum ini Yusof Apdal memegang portfolio Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Tapi tidak pun membantu menyelesaikan masalah air di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Perlu kamu ketahui UMS dibawah tanggungjawab menteri pengajian tinggi atau kerajaan persekutuan.

Apa yang si Yusof buat? malah anak buahnya menunjuk perasaan semasa kedatangan Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Kadir ke UMS. Rasanya mereka cuba merosakkan reputasi kerajaan negeri GRS, tapi mereka lupa atau tidak tahu rupanya si Yusof Apdal timbalan menteri pengajian tinggi. He!

Hari ini si Yusof mendakwa akibat tidak terlibat dalam mesyuarat daerah. Lahad Datu tersenarai daerah termiskin di Sabah. Banyaklah dia punya cengkadak, dulu berjawatan timbalan menteri pengajian tinggi yang ditugaskan antara lain menjaga kebajikan pelajar universiti pun gagal.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading