Kerajaan GRS PH Sentiasa Fokus Membangun Sabah – Nizam Titingan

1. Kerajaan GRS PH Plus dibawah pimpinan Yb Datuk Seri Hajiji sentiasa fokus untuk membangunkan Sabah dan meningkatkan hasil negeri. Kerajaan juga telah pun memulakan tindakan untuk mengatasi masalah masalah yang diwarisi dari kerajaan lalu.

2. Pelan Sabah Maju Jaya(SMJ) 1.0 adalah  HalaTuju Pembangunan dan Kemajuan Negeri Sabah untuk 5 tahun yang bermula pada tahun 2021 meliputi semua aspek termasuklah perekonomian dan menaiktaraf kemudahan asas.

3. Pemimpin Parti Pembangkang di Sabah tidak dapat menerima hakikat bahawa kerajaan GRS PH Plus selaras dengan HalaTuju SMJ telah melaksanakan berbagai pendekatan samada berkaitan kemudahan asas, perekonomian, perindustrian, pendidikan dan semua pendekatan itu ada yang telah dirasai rakyat seperti inisiatif modal insan, biasiswa pendidikan, bantuan rumah SMJ, dan ada yang masih dalam pelaksanaan dan penyiapan seperti projek naiktaraf loji rawatan air kogopon serta telibong 2 dan empangan hidroelektrik ulu padas Tenom.

4. Sebut apa sahaja berkaitan keperluan rakyat secara umum, kerajaan menerusi Pelan HalaTuju SMJ sedang menanganinya, dan inilah yang menjadi kerisauan kepada pemimpin Parti Pembangkang di Sabah kerana mereka akan kehilangan modal isu politik mereka.

5. Pemimpin Parti Pembangkang di Sabah tidak ikhlas untuk membela rakyat dan memajukan Sabah kerana terlalu kuat bermain politik untuk kekal relevan dalam politik Sabah sehingga menggunakan keadaan kemudahan asas seolah olah masalah berkenaan hanya berlaku semasa kerajaan hari ini tanpa berbuat apa apa untuk mengatasinya. Kenyataan dan ucapan pemimpin parti pembangkang ini amat melucukan apabila menyentuh masalah masalah legasi berdekad ini sedangkan masalah ini adalah masalah yang diwarisi akibat kegagalan kerajaan lalu.
Adun Elopura membangkitkan berkaitan air masin di Sandakan, namun pemimpin ini lupa bahawa semasa mereka menjadi kerajaan lalu telah menamatkan kontrak syarikat yang dilantik oleh kerajaan terdahulu tanpa sebab dan melantik syarikat kontraktor baru yang tidak melaksanakan kerja dengan betul.

6. Secara umum nya rakyat yang mengetahui kedudukan sebenar apa pun dakyah yang ditabur oleh pemimpin parti pembangkang itu, ianya seperti meludah ke langit jatuh ke muka mereka sendiri.

7. Jika Pemimpin Parti Pembangkang ikhlas,  sepatutnya mereka menjelaskan kepada rakyat bahawa langkah-langkah penyelesaian ke atas masalah-masalah berkaitan telah pun diambil oleh kerajaan dan memberikan ruang masa untuk proses penyelesaian ini berjalan.

8. Tanggungjawab parti pembangkang yang baik ialah memberi teguran yang membina kemajuan dan bukannya pula terlalu bermain politik berusaha mensabotaj segala usaha kerajaan dengan membuat tuduhan seolah olah kerajaan tidak berbuat apa apa langkah penyelesaian.
Hakikatnya mereka lah iaitu parti pembangkang di sabah yang gagal mengurustadbir penyelesaian ke atas masalah yang dibangkitkan ketika mereka menjadi kerajaan  sehingga ditolak oleh rakyat pada pilihanraya lalu.
Sekian.

YB DATUK NIZAM ABU BAKAR TITINGAN
KETUA PENERANGAN PARTI GAGASAN RAKYAT PUSAT
11  MAC 2024

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading