Artikel merujuk laporan berita Astro Awani ini saya buat setelah badut Warisan melontarkan komen acah hebat di Facebook kononnya kerajaan Warisan lebih berjaya sebab berjaya menjana pendapatan negeri berbanding kerajaan GRS.
Ini dilema yang dihadapi bila, mereka malas membaca berita yang disalurkan oleh media perdana tapi pandai pandai menilai kerajaan. Seperti mana laskar Warisan yang juga saya panggil sebagai badut apa lagi mereka dari kerajaan yang terbukti gagal sebelum ini.
Badut mendakwa kerajaan Warisan berjaya menjana pendapatan sehingga 1.6 bilion berbanding kerajaan GRS yang dia tanya berapa jumlahnya. Seolah kerajaan Warisan lebih hebat. Puiii!

Mana datangnya 1.6 bilion? dari royalti 5%, kalau dari sini ia dibayar oleh persekutuan sejak lagi Shafie bersama UMNO.
Pokoknya bayaran royalti 5% tidak ada kaitannya dengan parti Warisan.
Setahu saya kerajaan Warisan gagal membawa pelabur ke Sabah dan gagal menuntut cukai Petroleum 5%. Ini kerana semasa kerajaan Warisan cuba mengikut jejak kerajaan Sarawak menuntut cukai Petroleum.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, James Masing ketika itu mendedahkan yang kumpulan Shafie takut mengemukakan permohonan cukai petroleum.
Satu lagi setahu saya cukai Petroleum 5% mulai dibayar semasa kerajaan GRS.
Dakwaan kerajaan Warisan yang menuntut 5% juga disangkal oleh pemimpin PH yang sebelum itu sama-sama dalam kerajaan PH plus Warisan.
Jadi apa yang dibanggakan oleh badut Warisan dari angka 1.6 bilion itu?
Berbeza dengan kerajaan GRS tahun lalu saja kerajaan negeri berjaya menjana pendapatan sehingga 6.9 bilion yang merangkumi pelbagai jenis cukai pendapatan. Kamu dengar terus angka yang dilaporkan oleh Astro Awani, baru kamu puas hati.





















Leave a Reply