Shafie Siang Malam Tanam Politik Sentimen Kebencian – Terdesak Sangatlah Tu

Jauh panggang dari api jika dibandingkan kepimpinan Datuk Hajiji Noor dan Datuk Shafie

Presiden Warisan Shafie Apdal tidak kira masa dan majlis pasti ucapannya berbau politik. Kalau isinya bermanfaat kepada negeri dan rakyat Sabah walaupun berbau politik, ok lah sikit. Tapi tidak, untuk menanam kebencian terhadap kepimpinan GRS agar dirinya dinilai lebih baik.

Bukan hanya kebencian terhadap kepimpinan GRS tapi juga secara langsung terhadap bangsa bangsa dari Semenanjung, bila mana Shafie asyik asyik menjenamakan Warisan kononnya parti tempatan. Mari kita ulas!

Sedangkan orang Sabah sedia maklum Semporna sendiri gagal diurus oleh Shafie baik semasa Menteri KKLW mahupun semasa menjadi Ketua Menteri Sabah yang dibentuk melalui jual beli beberapa Adun waktu itu.

Berbeza dengan Ketua Menteri Datuk Hajiji suka mengingatkan orang orang Sabah tanpa mengira bangsa dan agama apa lagi di majlis perayaan seperti tahun baru Cina. Supaya sentiasa menjaga keharmonian untuk kebaikan bersama.

Bangunan kedai dan premis premis pelancongan yang kamu nampak di Semporna, itu hasil usaha pihak swasta yang kalau GRS lakukan hal yang sama akan dituduh oleh pihak Warisan telah menggadai Sabah kepada orang asing.

Bangunan pasar ikan dan sayur itu hasil kebijakan kerajaan Musa Aman di Semporna yang disiapkan oleh kerajaan GRS. Kamu ingat apa?

Kalau laskar Warisan pula, mereka suka menyebarkan cerita bohong malah fitnah supaya Ketua Menteri GRS dinilai buruk oleh pengundi. Seperti contoh kononnya kerajaan Sabah menggadai Sabah kepada pelabur. Yang peliknya walaupun alat yang digunakan untuk menyebarkan ceria palsu tidak beridentiti tapi ada juga segelintir kecil masyarakat yang mempercayainya. Kesiannya ada otak tidak dipakai.

Walhal bagaimana pelabur memulakan perniagaan kalau tidak ada lapangan yang disediakan atau diberikan pada mereka untuk dimajukan. Buka perusahaan di atas awan?

Presiden Warisan lagi teruk ibarat orang yang berfahaman syiah, tidak habis habis meratapi perkara yang sudah terjadi. Seperti ucapan terbarunya di Keningau dalam majlis sambutan tahun baru cina.

Dia persoalkan parti yang digunakan oleh Datuk Hajiji dalam pilihan raya negeri 2020 iaitu parti Bersatu bukan parti tempatan. Dakwaan yang tidak tepat.

Datuk Hajiji dan kumpulannya bertanding atas tiket PN bukan Bersatu. Seperti juga di Sarawak banyak parti dalam GPS dan kalau pilihan raya mereka menggunakan lambang GPS. GPS inilah yang dikenali oleh orang Sarawak sebagai parti tempatan walaupun GPS adalah gabungan parti parti.

Tidak kiralah Datuk Hajiji bertanding atas parti apa tetap akan diundi dan mendapat kemenangan. Menunjukkan jenis parti tidak menjadi isu pada wakil wakil rakyat GRS. Calon UMNO pun kalah kepada calon Bebas pro PN waktu itu.

Sebelum ini Datuk Hajiji bertanding atas tiket BN, mendapat kemenangan. Begitu jua bila bertanding atas tiket PN, walaupun PN berstatus pembangkang di Sabah, tapi juga dan kumpulannya mendapat kemenangan besar.

So apa signifikannya tuduhan Shafei yang mendakwa Datuk Hajiji bertanding atas tiket Bersatu?

Yang memelikkan cerita Warisan bersama DAP, pada pilihan raya negeri 2020 DAP bersetuju menggunakan lambang Warisan namun kalah. Tidak lama selepas itu DAP menjadi musuh Warisan sehingga hari ini. Kenapa begitu? sebab dalam diam diam Shafie memasang strategi cuba mengambil pengaruh DAP di Sabah.

Berbalik pada persoalan pokok, bila DAP parti yang bertapak di Semenanjung tapi bertanding menggunakan logo Warisan. Masih ke Warisan berstatus parti tempatan? Warisan juga bertanding di Semenanjung.

Bangsa Cina panggil seekor, Shafie lah yang gelar tu.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading