Bekas Pembantu Menteri Diperintah Bela Diri  Atas Tuduhan Rasuah (Era Warisan)

Sebelum ada rasa ingin tahu, suka saya menjelaskan kedudukan yang sebenar benarnya.

Supaya tidak ada pihak khususnya badut Warisan yang memanipulasi seolah olah skandal pembantu menteri pelancongan ini berlaku semasa kerajaan perpaduan atau GRS, Sabah.

Skandal ini berlaku era dimana Warisan menjadi kerajaan negeri Sabah. Individu ini dilantik ke jawatan pembantu menteri pelancongan Persekutuan pun atas kapasiti parti Warisan dalam kerajaan pakatan harapan ketika itu.

Setelah kerajaan Warisan tumbang dan berlaku pilihan raya negeri 2020. Entah apa alasan publick figure ini bertindak keluar parti dan menyertai GRS atau PGRS Sulabayan, Semporna.

Itu saja yang ingin saya maklumkan pada badut Warisan diluar sana, supaya kau tau.


PETALING JAYA: Seorang bekas pembantu kepada menteri pelancongan, seni dan budaya diperintah membela diri terhadap lapan pertuduhan menerima suapan berjumlah RM1.77 juta berkaitan tender kempen pengiklanan Tourism Malaysia, enam tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Suzana Hussin memerintahkan Saifullah Minggu, 33, membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie dalam lapan daripada 19 pertuduhan yang dikenakan terhadap bekas setiausaha sulit kanan menteri itu, lapor Berita Harian.

Lapan pertuduhan itu membabitkan dakwaan menerima suapan daripada Saifullah berjumlah RM1,765,000 daripada pemilik Inter Bev Network Sdn Bhd, Ronald Seto melalui Roslan Lahada.

Jumlah itu didakwa sebagai insentif kepada Saifullah untuk mendapatkan tender Inter Bev bagi perkhidmatan pengeluaran jenama dan kreatif.
Saifullah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di cawangan Red Box Karaoke dan Coffee Bean di Pusat Beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur; di pejabat setiausaha sulit kanan di kementerian itu di Putrajaya; di Vipod Residences di Temasya Anggun, Glenmarie, Selangor, Kota Damansara; dan di stesen minyak Petronas di Dengkil.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan antara 21 Dis 2018 dan 1 Mac 2019.

Mohamaddin Ketapi merupakan menteri pelancongan, seni dan budaya ketika kesalahan itu didakwa dilakukan.

Suzana membebaskan Saifullah daripada 11 pertuduhan lain, membabitkan meminta dan menerima suapan RM820,530, berhubung tender sama.

Suzana turut membebaskan tunang Saifullah, Nurfadziana Kadir, 30, daripada pertuduhan bersubahat dengannya untuk menerima suapan RM232,000 selepas memutuskan pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.

Suzana menetapkan 17 April untuk kes pembelaan.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading