Tidak Ada Pelabur Melabur Di Sabah Kalau Dianggap Pekerja Asing – Faham Ke Warisan

Ada lagi video sampah disebarkan oleh macai Warisan yang berniat jahat semata mata untuk memburukkan kerajaan GRS.

Apa salahnya jika pelabur ada kepentingan syarikat mereka. Saya tidak huraikan sangat, kalau kamu pernah dengar rakaman video seperti gambar diatas, faham sudah kamu tu.

Namanya tidak sedar diri memang suka membuat kerja atau kenyataan yang bertentangan perbuataan mereka sebelum ini. Semasa Warisan menjadi kerajaan negeri pembangunan apa yang mereka telah buat? membaiki jalan raya rosak teruk di Telupid pun janji tinggal janji sehinggalah kerajaan Warisan tumbang.

Malah kerajaan Warisan diserang Covid-19, seolah olah akibat doa masyarakat yang terpedaya oleh propaganda dan janji Warisan termakbul. Apa lagi kedudukan Shafie sebagai Ketua Menteri Sabah ketika itu hasil keringat orang orang yang mengundi calon BN pada PRU 2018. Tapi diperdaya oleh Shafie lalu bersekongkol membentuk kerajaan. Lahirnya kerajaan negeri yang tidak berkati.

Setelah kerajaan Warisan tumbang, mereka tidak ingin melihat Sabah maju dibawah kerajaan GRS. Itu yang rajin memanipulasi kehadiran pelabur ke negeri ini, pelabur akan dicanang dan sengaja dikaitkan dengan kepentingan peribadi. Seolah olah pelabur yang kaya disamakan dengan pekerja asing tanpa izin, cukup dibayar gaji soal kebajikan tanggung sendiri.

Boleh dikatakan semua tuduhan pihak Warisan, tidak logik. Hakikatnya Shafie pernah didakwa di Mahkamah bersama tauke Cina berhubung penyelewengan wang rakyat yang disalurkan ke Kementerian KKLW. Tapi pendakwaan ditarik balik apabila kerajaan pusat bertukar.

Berniaga atau melabur bermaksud antara lain  membuka tanah hutan dijadikan perindustrian yang akan menyediakan peluang pekerjaan kepada anak anak tempatan. Selain sudah tentu akan menambah pendapatan kerajaan negeri. Tapi usaha ini sengaja diputar belit oleh pihak Warisan. Tapi cara ini dianggap menyeleweng oleh pemimpin dan badut badut Warisan. Bodoh!

Kalau asyik mempersoal kepentingan pelabur. Suruh pemimpin Warisan ambil satu contoh negara sebagai panduan. Dimana ekonomi negara atau negeri itu berasaskan pertanian atau keluasan tanah, lalu adakah pelabur disana tidak ada kepentingan untuk syarikatnya?

Genting Highlands dulunya milik kerajaan Pahang tapi diberikan kepada Lim Goh Tong seorang ahli perniagaan berbangsa Cina untuk dimajukan. Sebagai ganjaran Lim Goh Tong membiayai perbelanjaan UMNO sehingga hari ini.

Genting Highlands lebih luas dari Pekan Semporna. Boleh bayangkan?

Vincent Tan “menjenamakan” Kereta Api Tanah Melayu dan beberapa ekar tanah di Sentul menjadi miliknya.

Saya nak kata begini, kalau ada yang percaya pada retorik parti Warisan dalam soal pelaburan itu bermakna mereka sangat bodoh. Dan itu bererti kamu tidak layak bercakap soal kemajuan negeri dan masyarakat Sabah. Mereka hanya cukup diberikan harapan sampai mati.

Dua pulau di Semporna didakwa oleh netizen telah diberikan kepada tauke Cina semasa kerajaan Warisan.

Apa keuntungan masyarakat Semporna selepas dua pulau berkenaan menjadi milik tauke Cina?

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading