SK Nexilis Dapat Pinjaman Bina Kilang RM2.3 Bilion Di Sabah

SK Nexilis Co Ltd (SK Nexilis), pengeluar kerajang tembaga terbesar di dunia melaksanakan kemudahan pinjaman bertempoh bersindiket hijau (pinjaman hijau) sulung bagi anak syarikatnya di Malaysia, SK Nexilis Malaysia Sdn Bhd.

Pinjaman itu adalah untuk membiayai kos pembinaan kemudahan pembuatan kerajang tembaga luar negara yang pertamanya di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), Sabah.

Kemudahan pembuatan bernilai RM2.3 bilion ini mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan 50,000 tan, yang akan menggandakan kapasiti pengeluaran global SK Nexilis.

OCBC Bank Bhd (OCBC Bank) dalam satu kenyataan berkata, bank itu yang bertindak sebagai penasihat penstrukturan pinjaman hijau, telah memainkan peranan penting untuk menyusun kemudahan berkenaan dan memberi nasihat menhenai Rangka Kerja Pembiayaan Hijau bersesuaian dengan objektif tadbir urus, sosial dan alam sekitar (ESG) SK Nexilis.

Bank itu berkata, ia memainkan peranan sebagai pengatur utama bermandat, ejen kemudahan dan sekuriti, dan pemberi pinjaman bersama dengan AmInvestment Bank Bhd sebagai pengatur utama bermandat, manakala AmBank (M) Bhd sebagai pemberi pinjaman bersama.

Kerajang tembaga yang dihasilkan akan digunakan secara eksklusif dalam bateri kenderaan elektrik, membolehkan penyelesaian pengangkutan lestari rendah karbon di pelbagai lokasi termasuk Korea, Malaysia, Poland dan Amerika Utara.

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2024/02/1211968/sk-nexilis-dapat-pinjaman-bina-kilang-rm23-bilion-di-sabah

One thought on “SK Nexilis Dapat Pinjaman Bina Kilang RM2.3 Bilion Di Sabah

Add yours

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading