Kenyataan Media Bagi Menafikan Pukonsa Palsu Yang Dikaitkan Dengan Adun Kunak

KENYATAAN MEDIA PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH (GAGASAN RAKYAT) DUN KUNAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ketika ini sedang beredar satu klip video yang mendakyah seolah-olah YB Datuk Norazlinah Arif (DNA) terlibat dengan satu salahlaku dalam memalsukan dokumen dan kononnya DNA sedang dijejaki oleh pihak SPRM.

Dalam klip video tersebut digambarkan kononnya DNA terlibat memalsukan dokumen berbentuk lesen PUKONSA bagi melaksanakan kerja-kerja kontrak melalui peruntukan ADUN.

Saya melihat bahawa tuduhan tersebut amat jelas tidak berasas dan berniat jahat berdasarkan beberapa perkara seperti berikut:

1.  Semua peruntukan kerajaan negeri Sabah adalah diuruskan melalui *Pejabat Daerah (dalam kes ini Pejabat Daerah Kunak) sebagai agensi pelaksana.*
2. Semakan yang kami lakukan mendapati bahawa salinan lesen yang dikaitkan dengan perkara tersebut adalah disahkan benar oleh *Pejabat Daerah Kunak sendiri BUKAN ADUN N63 Kunak.*
3. DNA tidak mempunyai sebarang kepentingan atau kaitan dengan pemilikan lesen yang dikaitkan dengan isu ini.

Sehubungan itu  saya yakin dan ingin menegaskan bahawa kandungan dan penyebaran video tersebut adalah tidak berasas serta berniat jahat bertujuan menjatuhkan reputasi dan kredibiliti DNA sebagai wakil rakyat N63 Kunak.

Pada hemat saya, sekiranya terdapat sebarang perlanggaran syarat dan kesalahan dalam urusan tersebut, perkara tersebut sepatutnya dirujuk kepada Pejabat Daerah Kunak yang menerima serta mengesahkan salinan lesen yang dimaksudkan.

Oleh yang demikian sekiranya penyebaran klip video itu berterusan, maka saya mencadangkan agar DNA mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menghasilkan dan menyebarkan video berunsur fitnah tersebut bagi melindungi reputasi dan kredibiliti beliau.

Sekian

Bahri Lakile
Tim. Ketua Bahagian PGRS,
N63 Kunak.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading