Jalan Beluran Kinabatangan Jem Macai UMNO Warisan Salahkan GRS, Logik Ke?

Hari ini macai parti UMNO Sabah dan Warisan sengaja memviralkan keadaan jalan jem antara jalan Beluran dan jalan Kinabatangan yang bertujuan untuk menyalahkan kerajaan GRS.

Sebelum gambar yang menunjukkan jalan jem diviralkan, berita mengenainya telah keluar semalam. Bahawa kesesakan berlaku kerana jalan raya berada dikawasan rendah yang mudah dinaiki air.

Ertinya jalan raya itu akan dinaiki air setiap kali hujan turun dengan lebat dan berpanjangan.

Jalan berkenaan wujud dan digunakan sejak zaman kerajaan USNO sehinggalah hari ini. Itu bererti jalan berkenaan juga jem semasa kerajaan Warisan tapi tidak diviralkan dan tidak dibaiki.

Hari ini kerajaan GRS gigih menjalankan pembaikan. Kalau kamu biasa melalui jalan darat dari Kota Kinabalu ke Pantai Timur kamu akan dapati banyak jentera berat sedang membaiki jalan raya. Tapi tidak diviralkan oleh kerajaan negeri, biarlah rakyat Sabah sendiri yang merasa perubahannya.

Ada tiga isu yang kita boleh balikkan pada pihak UMNO dan Warisan.

Dimana logiknya hanya kerajaan GRS yang disalahkan sedangkan ada pihak yang lebih bertanggungjawab.

Selain faktor alam semulajadi.

Jalan raya Beluran Sandakan adalah jalan persekutan bererti kos penyelenggaraan ditanggung oleh kerajaan pusat.

Kinabatangan dan Beluran masing masing diwakili oleh Ahli Parlimen yang berkhidmat di peringkat pusat. Tapi dimana tanggungjawab mereka, sikitpun keberadaan mereka tidak disentuh oleh badut badut Warisan dan UMNO semasa menyebarkan gambar jalan Beluran Sandakan yang jem.

Jangan pula ada yang tidak tahu, Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar juga bekas Menteri JKR Sabah.

Kalau mahu yang lebih lama, Presiden Warisan Shafie lah yang pernah memegang jawatan Menteri KKLW tapi jalan seperti ini tidak dibaiki. Peruntukan bilion bilion dibuang kemana, rakyat Sabah tidak rasa pun.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading