Tidak Ada Kaitan Peruntukan RM 3 Juta Kepada UMS Dengan Kerajaan Negeri Sabah

Rakyat Sabah semakin muak dengan sikap pemimpin dan laskar atau badut parti Warisan, kenapa tidak kalau setiap isu yang muncul. Terus tanpa usul periksa ia dikaitkan dengan kerajaan negeri GRS.

Walaupun isu yang muncul dibawah agensi atau GLC yang bertanggungjawab, seperti contoh tanggungjawab kerajaan Perseketuan, SESB, JANS dan sebagainya.

Cerita terbaru pasal pelajar UMS menunjuk perasaan sempena lawatan Menteri Pengajian Tinggi ke UMS.

Dikhabarkan tujuan tunjuk perasaan untuk memberitahu Menteri Pengajian Tinggi bahawa tidak ada air, sampaikan mandi pun tidak dapat.

Rentetan itu Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim ingin tahu ke mana peruntukan tiga juta ringgit yang beliau salurkan ke UMS sebelum ini.

Perdana Menteri Anwar mengumumkan peruntukan 3 juta ringgit bagi menyelesaikan isu air di UMS semasa Program Temu Anwar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Mei 2023.

Yang menjadi isu, bila ada dikalangan penyokong Warisan yang mengaitkan peruntukan tiga juta berkenaan dengan kerajaan negeri GRS. Silap betullah!

Kepada pelajar berkenaan sebelum keluar menunjuk perasaan buat kajian terlebih dahulu, cari asal usul masalah.

Kenapa sejak sekian lama termasuklah semasa kerajaan Warisan, isu air di UMS tidak selesai. Adakah agensi JANS tidak memberi kerjasama dan apa sebabnya. Jangan tiru gelagat pelajar negara jiran sikit sikit tunjuk perasaan tapi keadaan mereka semakin teruk dan terpinggir.

Tidak tahu ke, Perdana Menteri Anwar Ibrahim sendiri menyalurkan peruntukan tiga juta ringgit ke UMS dan tidak melalui kerajaan negeri Sabah.

UMS dibawah tanggungjawab kerajaan Perseketuan bukannya negeri makanya peruntukan disalurkan terus ke UMS.

Ngam jugalah kalau tunjuk perasaan pelajar itu ditujukan pada kepimpinan Warisan supaya lepas ini lebih sedar diri dan jangan ingat rakyat Sabah buta huruf.

Orang kata kalau naif biarlah naif sendiri jangan bawa orang lain jadi bodoh. Sebab kenaifan atau kebodohan seperti itu tidak akan membawa sebarang kebaikan.

Seandainya Warisan menjadi kerajaan pun kamu tetap akan terpinggir akibat kebodohan yang membabi buta. Perlu diingat Tuhan tidak buta, Dia tahu mana benar mana tidak.

Jangan pula tidak tahu Yusof Apdal pada tahun 2022 memegang jawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sebelum sekarang sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Tapi masalah air di UMS berlarutan sehingga hari ini.

Oleh itu ngam jugalah jika tunjuk perasaan pelajar itu ditujukan kepada kepimpinan Warisan supaya selepas ini lebih sedar diri dan jangan ingat rakyat Sabah buta ilmu pengetahuan am.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading