
Dibawah kenyataan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor dalam Mesyuarat Khas DUN 03 Januari 2024. Berhubung kenaikan tarif letrik tapi Adun Sri Tanjong menyampuk sampaikan di pangil tidak ada “putungan”.
Hakikatnya kerajaan negeri Sabah mempersoal kenaikan tarif letrik walaupun tidak memberikan kesan yang begitu teruk, ini kerana kenaikan sur caj dalam tarif letrik ini tidak akan menjejaskan 99% pengguna letrik domestik. Sebaliknya hanya mendatangkan sedikit kesan kepada pengguna pengguna besar atau pemain industri.
Hanya kepimpinan Warisan yang habis modal itu yang terpaksa mengada-ngada. Sedangkan tanpa kewujudan Warisan selaku pembangkang, kerajaan GRS sendiri sentiasa kritikal ke atas perkara yang ada kaitannya dengan negeri dan rakyat Sabah.
Surcaj ke atas tarif elektrik (atau Imbalance Cost Past Through (ICPT)) yang dikenakan kepada pengguna-pengguna besar elektrik di Sabah. Mengapakah ianya dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Suruhanjaya Tenaga Malaysia sejurus sebelum pengambilalihan kuasa kawal selia pada hari ini dan pada ketika bekalan elektrik masih belum stabil di Sabah.
ICPT adalah mekanisma yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan dan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Tenaga di Sabah bermula pada 1 Januari 2022 di bawah rangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (Incentive Based Regulation, IBR). Pelarasan tarif elektrik melalui mekanisme ICPT ini dilaksanakan mengikut kelulusan yang telah diputuskan oleh Kerajaan setiap enam (6) bulan pada setiap tahun, untuk dilepaskan kepada pengguna elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dalam bentuk surcaj atau rebat ICPT.
ICPT ini adalah bertujuan bagi mengatasi perubahan (samada peningkatan atau penurunan) kos bahan api dan kos-kos penjanaan elektrik diluar kawalan, di mana peningkatan kos dilepaskan dalam bentuk surcaj manakala penurunan kos dilepaskan sebagai rebat kepada tarif elektrik pengguna.
Bagi tempoh regulatori P4 (atau Period 4 iaitu diantara Julai 2023 hingga Disember 2023) yang disemak, terdapat peningkatan kos penjanaan berjumlah RM225.33 juta, yang disebabkan oleh peningkatan kos penjanaan di luar jangkaan seperti berikut:-
โข Peningkatan penggunaan bahan api diesel dan MFO (Medium Fuel Oil) disebabkan:-
i) Kelewatan pelaksanaan loji janakuasa baru berasaskan bahan api gas asli
ii) Kelewatan penyiapan loji-loji tenaga boleh baharu (iaitu Solar Berskala Besar atau Large Scale Solar (LSS) dan loji biojisim serta mini hidro di bawah program Tarif Galakan atau Feed-in-Tariff) oleh pemaju-pemaju;
iii) Kerosakan stesen janakuasa hidro Tenom Pangi akibat bencana alam (iaitu kehilangan kapasiti sebanyak 66MW);
Oleh itu, Mesyuarat Jemaah Menteri Persekutuan telah memutuskan pelaksanaan pelarasan tarif elektrik di bawah mekanisme ICPT dalam tempoh P5 (atau Period 5 iaitu tempoh 6 bulan dari 1hb Januari hingga 30hb Jun 2024), sepertimana juga yang dilaksanakan di Semenanjung Malaysia melalui kuasa kawal selia bekalan elektrik yang pada ketika ini masih di bawah Kerajaan Persekutuan.
Walaubagaimanapun berdasarkan kepada bantuan subsidi bersasar, Kerajaan Persekutuan telah memutuskan untuk tidak mengenakan sebarang surcaj ICPT kepada pengguna domestik dengan penggunaan bulanan di bawah 1,500 unit (iaitu jumlah bil sekitar RM700 sebulan) , dan juga pengguna komersil dan industri kecil-kecilan (lazimnya disambung pada tahap voltan rendah) dengan memperuntukkan subsidi berjumlah RM161.70 juta. Dengan subsidi tersebut, 99 peratus pengguna di Sabah dan W.P. Labuan tidak akan dikenakan sebarang pelarasan tarif elektrik atau surcaj ICPT bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2024.
Manakala baki kenaikan kos penjanaan berjumlah RM69 juta terpaksa ditanggung atau dilepaskan kepada pengguna domestik yang menggunakan lebih 1500 unit dan pengguna industri dan komersil besar (dengan tarif voltan sederhana dan tinggi) serta tarif lampu awam yang memberikan impak kenaikan 7.2 sen seunit (per kWh) atau sekitar 11% hingga 22%.






















Leave a Reply