Ada sebab kenapa saya berani katakan Yb Sri Tanjong, Justin Wong sebagai wakil rakyat Warisan antara yang bodoh.
Selaku wakil rakyat dia harus terlebih dahulu membuat kajian sebelum mengemukan soalan, agar soalan yang dikemukakan bersifat membina walaupun rakyat Sabah sedar ia berniat jahat atau untuk mengelirukkan rakyat Sabah. Sebab itulah soalannya pun macam orang lain yang buat dan dia sendiri tidak tahu apa yang dia tanya aka tunggang langgang.
Justeru itulah ramai yang menyokong sikap Ketua Menteri Hajiji Noor bila mana menggambarkan Adun Sri Tanjong sebagai tidak ada potongan. Dalam erti kata cakap saja pandai tapi kerajaan Warisan sendiri gagal membuat perubahan. Bukan hanya gagal membuat perubahan malah gagal menunaikan manifesto Warisan dalam pilihan raya.
Siapa juga akan meradang kalau anda selaku kerajaan negeri Sabah yang telah bersusah siang dan malam memajukan negeri Sabah tapi pihak yang gagal pula yang memandai mandai seolah olah anda pula yang tidak bertanggungjawah dan gagal.
Mengambil SESB adalah usaha yang dicanang oleh kerajaan Warisan. Namun terbukti ia hanyalah retorik kerajaan Warisan untuk menutup kegagalan slogan Sabah Ubah. Untuk menutupnya lagi wakil rakyat Warisan bertanya ada ke kononnya kerajaan negeri Sabah tidak membantah kenaikan tarif letrik yang dicadangkan oleh kerajaan persekutuan, walhal Warisan sendiri berada dalam kerajaan perpaduan. Hahaha!
Menurut bekas Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah era Warian, Kenny Chua. Sebenarnya Shafie sendiri yang lemah dan tidak bersungguh sungguh sebab itulah SESB gagal diambil.
http://jalinluin.com/2020/08/22/shafie-menipu-untuk-tutup-gagal-ambil-sesb-kenny-chua/
Berbalik kepada Sri Tanjung yang mengemukan soalan bodoh, kenapa konok kerajaan negeri tidak membantah kenaikan tarif letrik.
Tidak membantah apanya, bukan hanya tidak membantah tapi sebab itulah kerajaan GRS bersungguh sungguh mengambil alih SESB agar kadar tarif letrik tidak lagi ditentukan oleh persekutan tapi oleh kerajaan negeri Sabah sendiri.
Juga kalau kita baca balik kenyataan berhubung kenaikan tarif letrik ternyata ia tidak menjejaskan 99% pengguna domestik di Sabah. Lalu kenapa menjadi isu Warisan? Mengada-ngada
Jadi pada wakil wakil rakyat Warisan, jangan memalukan diri sendiri, bukan ke selama ini kamu yang mencanang autonomi Sabah. Tapi kenapa bila kerajaan GRS berjaya “mengambil” SESB keluar pula soalan bodoh seperti itu?
Bukan tidak profesional tapi siapapun akan geram bila anda ditanya soalan bodoh dari wakil rakyat Warisan yang sudah pun terbukti gagal.
Shafie semasa menjadi pemimpin UMNO pernah membahasakan seorang orang kampung Lihak Lihak dengan bahasa yang sangat kesat kalau saya tidak lupa sebagai bodoh atau halipulu. Akibat marah setelah berkali kali orang kampung berkenaan membuat panggilan telefon berhubung jadual kempen. Dimana waktu itu Shafie dan rombongannya sedang dalam siri jelajah ke kampung kampung di kawasan Lihak Lihak.
Jangan lupa Presiden Warisan pernah menyamakan pemimpin Cina seperti binatang.






















Leave a Reply