Suhaimi Nasir Pemimpin Picisan Dan Kelas Kambing

Ketua Penerangan UMNO Sabah, Suhaimi Nasir bagus dianggap pemimpin kelas kambing dan spesies yang membelakangkan logik, macam masyarakat kelas ke tiga yang terbabit dengan kegiatan jenayah, yang penting menjadi duit. Walau dianggap hina dan bodoh itu bukan lagi satu persoalan yang perlu di ambil kira.

Kenapa saya katakan begitu, sebab dia menafikan fakta yang sudah tertulis yang bererti fakta itu tidak boleh lagi disangkal dengan apa cara sekalipun. Namun tidak bagi Suhaimi, dia tetap membayangkan yang pihaknya masih relevan dan kuat, malah mengalihkan kesalahan pada orang lain, bagi mengawal kerosakan dari terus berlaku.

Keputusan pilihan raya umum 2022 menunjukkan UMNO atau BN hanya mendapat 26 kerusi. Angka 26 ini adalah kesinambungan dari kekalahan UMNO pada pilihan raya umum sebelum sebelum ini.

Begitu juga dengan keputusan beberapa pilihan raya kecil selepas PRU 2022 yang menunjukkan calon UMNO menerima kekalahan yang signifikan setelah rakyat mengaitkan UMNO dengan kepimpinan yang terbukti maling.

Banyak kes yang terjadi walaupun akhirnya Mahkamah membebaskan Bung. Terbaru penyelewengan melibatkan Ketua UMNO Bahagian Tawau yang juga kawan berjudi Bung. Dengar khabar penyelewengannya sedang diproses oleh SPRM, tinggal menunggu hari untuk membuat pendakwaan di Mahkamah.

Kekalahan demi kekalahan termasuklah kekalahan calon UMNO di PRK Kemaman. Dimana majoriti calon PAS bertambah sebanyak 10 ribu menjadi 37 ribu undi majoriti.

Usai keputusan PRK Kemaman saya menulis bahwa apa lagi yang diharap pada UMNO, sebaiknya UMNO tutup kedai saja. Ahh entri yang membuat Ketua Penerangan UMNO Sabah, Suhaimi tidak boleh tidur malam.

Lalu dia buatlah kenyataan media yang menyentuh kepimpinan GRS dan blog Jalin Luin.

Dia kata kepimpinan GRS ni tidak setia kawan, kerana tanpa UMNO kerajaan GRS tidak terbentuk. Ya betullah tapi juga tanpa PN atau GRS, tidak tu Bung Mokhtar merasa jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Akibat sudah biasa makan besar, Bung berkomplot dengan musuh UMNO iaitu Shafie untuk merompak jawatan Ketua Menteri Sabah dari GRS. Sekarang siapa yang tidak setia kawan atau pembelot?

Alasan lain kenapa Bung cuba merompak jawatan Ketua Menteri Sabah, adalah kerana pentadbiran kerajaan enggan menurut kehendak Bung untuk menukar status Sandakan menjadi Banda raya.

Mana boleh suka suka menukar status daerah. Antara syarat utama menjadi Bandar raya ialah, pendapatan satu satu daerah lebih 40 juta setahun. Sedangkan pendapatan daerah Sandakan baru 20 juta rasanya, jadi logik lah sikit. Kamu tau apa kelebihannya bila daerah itu berstatus Bandar raya? banyak kemasukan. Hahaha

UMNO Sabah tidak bersyukur, hakikatnya UMNO Sabah tidak terlibat langsung menggugat kerajaan Warisan yang membawa kepada pilihan raya negeri 2020. Tapi semasa PRN Bung menuntut lebih kerusi berbanding PN waktu itu, namun tiga calon UMNO kalah kepada calon Bebas, ertinya UMNO kalah teruk. Kekalahan UMNO dalam PRN ini tidak menghalang Datuk Hajiji atau PN melantik Bung sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah. Siapa yang tidak bersyukur malah menjadi pembelot?

Sanggup berkomplot dengan musuh hanya kerana jawatan Ketua Menteri yang akan digunakan untuk membolot kekayaan Sabah? Apa punya maling lah oiii.

Begitu pula dengan Shafie atau Warisan. Bukan ke pemimpin Warisan pernah mendakwa UMNO atau pemimpinnya adalah perompak kekayaan menyebabkan negeri dan rakyat Sabah miskin. Tapi kenapa berkomplot dengan UMNO untuk menjatuhkan Ketua Menteri dari GRS?

Cakap kepimpinan UMNO dan Warisan ni sama saja tidak boleh pakai, terlalu banyak muslihat dan drama.

Si Suhaimi cakap Jalin Luin Bloggers picisan.

Adakah kenyataan saya selepas kekalahan teruk UMNO di PRK Kemaman iaitu UMNO disarankan tutup kedai satu propaganda fitnah? hanya Suhaimi yang begitu bodoh menganggapnya satu propaganda bukannya fakta yang wajib diterima.

Oiii Suhaimi mangkuk, saya menulis di blog, justeru kau tidak tahu sejauh mana pengaruh blog ini pada masyarakat yang berfikiran sihat. Yang kau menilai pada jumlah like sebagai ukuran kekuatan, ternyata kau tidak ada ilmu dan tidak belajar dari kekalahan, dimana walaupun entri pemimpin UMNO mendapat beribu like sebelum pilihan raya, tapi keputusan menunjukkan UMNO kalah teruk, terakhir hanya mendapat 26 kerusi dari 222.

Tidak ada yang terfikir untuk memfitnah parti UMNO yang terkenal maling. Sebaliknya apa yang kami tulis adalah gambaran sebenar yang telah terjadi, agar menjadi pengajaran kepada masyarakat untuk terus menolak pihak yang tidak bertanggunjawab seperti UMNO.

Semasa isteri Suhaimi menyandang jawatan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Ismail Sabri. Bertubi tubi kritikan yang dikaitkan dengan penyalahgunaan kuasa dalam pejabat Perdana Menteri. So politik si Suhaimi boleh pakai ke?

Suhaimi pemimpin picisan dan kelas kambing. Ada ke patut, dia larang saya mengkritik UMNO Sabah walaupun Warisan sendiri telah mengesahkan bahwa pemimpin UMNO adalah pencuri. Sebagai rakyat biasa wajar ke saya membiarkan politician seperti Suhaimi bermuka muka? langkah dulu otak ku sebelum kau berlagak hero disana.

Jalin Luin konon bloggers picisan tapi sampai kau meroyan apa ke halnya. Hakikat kau tahu tulisan Jalin Luin mampu menambah pemahaman rakyat untuk terus menolak UMNO.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading