Mengata seseorang atau Perdana Menteri Anwar Ibrahim dari belakang, ini namanya lempar batu sembunyi tangan tapi takut tidak lagi bersama kerajaan. Peliknya
Sikap lempar batu sembunyi tangan sinonim dengan kepimpinan Warisan, terutamanya Presiden parti Warisan.
Semua maklum orang yang mula mula mendabik dada menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri adalah Shafie atau Warisan. Walaupun sebelum itu dia juga yang menolak Anwar sebagai calon Perdana Menteri untuk menggantikan Muhyiddin Yassin.
Hari ini kepimpinan Warisan dan macai mereka secara diam mempersoal kerja Anwar selaku Perdana Menteri Malaysia. Dibawah salah satu contoh kritikan atau video yang disebarkan oleh laskar Warisan.
Dimana admin Koperasi Warisan Sabah mengutuk keputusan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim yang hanya meluluskan RM2 juta dari RM70 juta yang dipohon oleh Ahli Parlimen Penampang, Ewon Benedick.
Pertanyaannya kenapa keputusan PM Anwar itu menjadi isu kepada pihak Warisan?
Hakikatnya kita sedar tujuan pihak Warisan melecehkah pemberian RM2 juta berkenaan adalah untuk cuba menggambarkan Anwar tidak menyokong penuh kepimpinan UPKO khususnya di Penampang, ini kerana UPKO tiada kekuatan.
UPKO ni juga antara pihak banyak mempertikai jalan penyelesaian antara kerajaan persekutuan dan kerajaan Sabah. So kamu kuat menafikan usaha Perdana Menteri tapi dalam masa yang sama minta RM70 juta.
Macai Warisan lupa sejarah politik Darell Leiking? Darell sebelum menyertai parti Warisan dia adalah Ahli Parlimen Penampang yang mewakili PKR. Dimana pada tahun 2016 Darell bertindak meninggalkan PKR dan menyertai parti Warisan.
Agak agak kamu orang, sikit pun naluri politik Anwar tidak terkesan?
Oleh kerana sudah jelas Warisan lempar batu sembunyi tangan ke atas pentadbiran Perdana Menteri Anwar, maka kita cabar kepimpinan Warisan agar segera meninggalkan Kerajaan Perpaduan. Berani ke? rasanya tidak sebab nasib Warisan dan UMNO ini ada persamaan, ke mana mereka pergi pasti tempat itu turut binasa.
Permohonan dikemukakan sempena lawatan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim ke Sabah baru baru ini.
(Semua diatas adalah pendapa peribadi admin)





















