
*KENYATAAN AKHBAR*
*KENYATAAN BALAS KEPADA SIDANG MEDIA DATUK SERI BUNG MOKTAR RADIN PENGERUSI UMNO SABAH*
Ahli-ahli UMNO Sabah sebenarnya telah berpecah kepada dua kelompok walaupun cuba dinafikan oleh Bung Moktar
Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam satu kenyataan media kelmarin menolak dakwaan bahawa UMNO Sabah kini telah berpecah dan membentuk dua kumpulan.
Sebagai aktivis politik yang pernah menjadi barisan hadapan membantu UMNO Sabah sejak tahun 1999 ahli-ahli termasuk pemimpin UMNO Sabah sememangnya telah berpecah kepada dua kumpulan.
Dengan hanya melihat tidak ada protes terbuka oleh pimpinan dan ahli-ahli UMNO Sabah kemudian dijadikan indeks kononnya majoriti pimpinan dan ahli UMNO sokong Bung bekerjasama dengan Shafie Apdal adalah jelas satu kebodohan dalam menterjemah sokongan kepada UMNO Sabah.
Walaupun cuba dinafikan oleh Bung selaku Pengerusi UMNO di Sabah namun hakikat sebenar UMNO Sabah telah kehilangan sokongan oleh ahli-ahli UMNO akar umbi dan data menunjukkan trend ini akan terus meningkat menjelang PRN-17 yang datang.
Maklumat terkini yang kami perolehi dari badan bebas juga secara jelas menunjukkan majoriti ahli-ahli UMNO diperingkat akar umbi masih menolak kerjasamasa dengan Parti Warisan Sabah.
Sebelum ini langkah kudeta kerjasamasa UMNO dan Warisan mahu menumbangkan kerajaan pimpinan Ketua Menteri Hajiji juga menjadi penyebab utama 5 adun UMNO keluar parti iaitu Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin); Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit); Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk); Datuk Hamid Awang (Balung) dan Datuk James Ratib (Sugut).
UMNO Sabah juga telah kehilangan ramai pemimpin pelapis masa hadapan yang telah berhijrah beramai-ramai keluar menyertai Parti GAGASAN diantaranya adalah Datuk Jamawi Ja’afar.
Rakyat Sabah termasuk ahli-ahli UMNO Sabah pernah merasai betapa dahsyatnya berada dalam pemerintahan Parti Warisan yang diketuai oleh Shafie Apdal.
Isu pengangguran meningkat, ekonomi Sabah jatuh merudum, isu kronisme Semornasisai, kegagalan membawa masuk pelabur ke Sabah dan yang paling utama adalah dendam ahli-ahli UMNO apabila UMNO hanya dapat bertahan selama 2 hari memerintah Sabah sebelum digulingkan oleh Shafie Apdal.
Yang benar,
*DATUK ZULKARNAIN MAHDAR*
*PENGERUSI*
*GERAKAN KUASA RAKYAT MALAYSIA (G57)*





















Leave a Reply