Dibawah soal jawab antara Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor dan Adun Senallang, Shafie Apdal berhubung status Pulau Sebatik dibawah Perjanjian Laut Sulawesi.
Sebelum ini isu kedudukan Pulau Sebatik telah sudah pasti dipolitikkan oleh segelintir jentera Warisan sebagai bukan lagi milik Sabah. Justeru itulah Adun Senallang membuat pertanyaan dan kita tahu tujuannya tidak ada lain untuk menghangatkan dakwaan mereka.
Macam cerita Adun Tungku, Assaffal dalam sidang DUN sebelum ini yang mendakwa kononnya Ambalat bukan lagi milik Sabah sekaligus menyalahkan kerajaan GRS. Tapi bila Perdana Menteri Malaysia,Anwar Ibrahim menjelaskan kedudukan sebenar, rupanya Ambalat masih milik kerajaan Malaysia.
Last last Adun Tungku membuat permohonan maaf pada Speaker sekaligus rakyat Sabah yang hampir hampir terpedaya.
Nah kali ini pula berkenaan status sempadan Pulau Sebatik yang ditimbulkan oleh Presiden Warisan.
Ternyata berdasarkan jawapan rasmi Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat DUN yang bertarikh 27hb November 2023. Ia masih milik kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri Sabah, GRS kekal dengan pendirian mempertahankan kedaulatan bumi Sabah serta konsisten dan tidak akan berganjak dari apa jua cubaan negara jiran bagi memastikan kedaulatan terus terpelihara dan tidak terganggu gugat.
Isu Pulau Ambalat dan Pulau Sebatik sudah terjawab, apa lagi selepas ini.

SOALAN 1
YB. Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Shafie bin Hj. Apdal [Senallang] bertanya kepada KETUA MENTERI, mohon penjelasan mengenai rundingan dengan Indonesia berkaitan Pulau Sebatik di bawah Perjanjian Laut Sulawesi, apa yang dituntut oleh Indonesia dan sama ada perjanjian sudah dibuat atau masih dalam peringkat perundingan.
JAWAPAN:
Tuan Speaker,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Senallang serta Dewan yang mulia ini, Malaysia dan Indonesia komited untuk menyelesaikan persempadanan darat dan persempadanan laut wilayah secara menyeluruh dan setakat ini tidak ada apa-apa persetujuan dibuat melalui platform-platform mesyuarat dua hala (bilateral meeting) yang berkaitan Pulau Sebatik dan Laut Sulawesi.
Kerajaan Negeri juga telah dilibatkan secara aktif dalam platform-platform mesyuarat dua hala ini yang diketuai oleh Kementerian Luar Negeri dan akan memastikan setiap perundingan atau cadangan-cadangan yang melibatkan
persempadanan Sabah, Malaysia dan Indonesia adalah dibentang dan dirujuk kepada Jemaah Menteri Sabah terlebih dahulu untuk mendapat asas perundingan, hala tuju dan ketetapan.
Kerajaan Negeri Sabah kekal dengan pendirian jelas, konsisten dan tidak akan berganjak dari apa jua cubaan negara jiran bagi memastikan persempadanan negara khususnya negeri Sabah sentiasa dipelihara dan tidak tergugat.






















Leave a Reply