


Hai kenapa Bung Mokhtar tampak menggelabah hanya kerana sekeping gambar yang menunjukkan pemimpin UMNO Sabah sedang bertemu dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor yang juga Ketua GRS SABAH.
Gambar itu pula sekadar disebarkan oleh jentera parti yang tidak jelas kedudukannya. Saya secara peribadi, tidak jelas sejauh mana kebenaran gambar berkenaan, kerana saya tidak berada disana dan saya tidak menerima sebarang maklumat mengenainya. Itu saya kata, kenapa Bung menggelabah, relak sudahlah.
Tapi jangan kamu boleh saja terlebih dahulu mendapat keizinan dari pemimpin UMNO Sabah yang terbabit sebelum gambar itu diviralkan. Bagi memberi gambaran bahwa mereka menolak kepimpinan Bung Mokhtar yang membawa kepada perpecahan dalam UMNO Sabah.
Ini bermakna penafian Bung Mokhtar bahawa tidak ada perpecahan dikalangan pemimpin pemimpin UMNO Sabah adalah penafian syok sendiri.
Hakikatnya tidak semua wakil wakil rakyat UMNO Sabah sudi bekerjasama dengan Warisan. Apa lagi ahli UMNO, kebanyakan mereka tidak sanggup berkawan dengan pemimpin dan jentera Warisan. Walaupun Bung Mokhtar dan Shafie meneruskan kerjasama mereka selepas langkah Kinabalu.
Bung jangan lupa tentang apa yang telah dilakukan oleh Abdul Rahman Dahlan dan kumpulannya. Mereka sanggup mengadakan sidang media supaya Bung Mokhtar digugurkan sebagai Ketua jentera UMNO bagi menghadapi pilihan raya negeri 2020. Ini kerana menurut Rahman Dahlan, Bung Mokhtar ada kes Mahkamah atas tuduhan mencuri atau merompak dana rakyat.
Justeru itulah kelihatan dalam gambar ada kelibat wakil wakil rakyat pro Abdul Rahman Dahlan. Begitu juga Salleh Said yang baru ini menyatakan sokongannya ke atas kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor. Tidak ke ia cukup membuktikan perpecahan UMNO Sabah sedang berlaku?
Kalau di Semenanjung UMNO rosak kerana Zahid Hamidi, di Sabah pula angkara Bung Mokhtar.
Sudah lah UMNO memang ditolak oleh rakyat Sabah malah Bung pula menjadi ketuanya.
Cerita beberapa pemimpin UMNO Sabah berjumpa dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor atau Ketua GRS Sabah adalah benar dan rasanya perjumpaan itu bersifat politik.






















Leave a Reply