
Ini komen terakhir saya dalam group Whatapps pro Warisan yang tidak dibalas dari semalam sehingga saat ini. Mereka adalah macai Warisan yang beretorik pasal tanah.
Kononnya tidak pernah ada rakyat Sabah sejak USNO sehingga kerajaan hari ini yang memijak lantai istana untuk memohon bantuan penyelesaian tanah tanah adat di Sabah yang di rampas.
Inilah kerja puak Warisan yang berjaya di didik menjadi tolol oleh parti Warisan. Mereka ingat jika Warisan yang menjadi kerajaan maka undang undang dan perlembagaan boleh diketepikan begitu saja. Moron benar!
Akan menumpahkan segala persoalan yang ditinggalkan oleh kerajaan sebelum ini kepada kerajaan GRS. Termasuklah masalah yang ditinggalkan semasa kerajaan Warisan semuanya di pusing menjadi tanggungjawab kerajaan negeri GRS. Apa punya terdesaklah.
Mula mula kita mahu tahu juga, sejak tahun berapa tanah tanah berkenaan di duduki tanpa kebenaran pemerintah waktu itu. Lalu kenapa tidak diselesaikan semasa kerajaan Warisan atau Shafie Apdal selaku Ketua Menteri Sabah?
Dalam masa yang sama, macai Warisan memainkan propanda. Seolah olah jika Warisan menjadi kerajaan maka berjuta orang Sabah akan diberikan tanah.
Hakikatnya hanya segelintir macai atau penyokong Warisan yang terbabit dengan isu tanah, itupun akibat perbuatan mereka yang tidak mengikut prosuder tanah.
Boleh ke mana mana kerajaan negeri Sabah memberikan setiap seorang rakyat Sabah tanah minima 10 ekor untuk dijadikan ladang kelapa sawit dan sebagainya. Jangankan 10 ekor seorang, 1 ekar pun agak mustahil. Tapi macai Warisan kalau bercakap seolah olah dengan memetik jari maka semuanya akan menjadi kenyataan.
Ada tiga perkara yang saya ingin maklumkan disini.
Pertama, sejak tahun berapa tanah tanah yang di ceroboh dan di tanam kelapa sawit berkenaan dimajukan tanpa pengetahuan pemerintah negeri Sabah waktu itu?
Kedua, siapa yang terlebih dahulu membuat permohonan ke atas tanah berkenaan, orang kampung yang menceroboh secara semberono itu ke atau orang Sabah juga yang memohon mengikut Enakmen tanah
Ketiga, ada apa pada kepimpinan Warisan berkaitan pemilikan tanah.
Kenapa tidak ada satupun kampung di Semporna yang diwartakan sebagai perkampungan rasmi era Shafie menjadi Ketua Menteri Sabah. Sedangkan ada diantara kampung kampung berkenaan yang wujud sebelum Shafie berpolitik atau ada di Semporna.
Sebaliknya yang terjadi semasa kerajaan Warisan. Kampung Simunul dirancang dirobohkan bagi mendirikan hotel lima bintang.
Geran tanah yang diberikan semasa kerajaan Warisan adalah tanah tanah yang dipohon semasa kerajaan BN atau semasa Musa Aman menjadi Ketua Menteri Sabah. Dan yang memproses permohonan termasuklah mengukur keluasan tanah ialah kerajaan BN bukannya kerajaan Warisan.
Shafie atau kerajaan Warisan hanyalah menyampaikan geran tanah kepada orang kampung yang terbabit, dilakukan semasa Sabah di ambang pilihan raya negeri 2020.
Baru baru ini kerajaan GRS atau Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor menyampaikan beribu geran tanah kepada orang kampung dimana permohonan dibuat sebelum lagi parti Warisan wujud di Sabah. Kenapa geran diberikan sebab permohonan tanah mengikut peraturan yang sedia ada. Dan telah dikenalpasti mereka adalah pemohon sebenar.
KM Hajiji Serah Geran Tanah Anak Negeri Kepada Penduduk Tongod
Hajiji Serah 344 Geran Tanah Kepada Penduduk Dari 34 Kampung






















Tambirang kau Luin..berapa Jijiji bayar ko jadi cytro