Bila Shafie Cakap KM Hajiji Tidak Matang Ibarat Meludah Ke Langit Mengena Muka Sendiri. Padan Muka!

Shafie cuba menjustifikasi kejahatannya dengan mengatakan orang lain pula yang tidak matang.

Yang membeli wakil wakil BN atau UPKO untuk membentuk kerajaan Warisan walaupun Tan Sri Musa Aman sudah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri adalah Shafie itu sendiri.

Faktanya ialah tanpa wakil wakil rakyat BN yang bertindak menyokong Warisan. Tidak mungkin kerajaan Warisan terbentuk. Siapa yang boleh menafikan fakta ini?

Ketua Menteri Hajiji semasa berucap dalam perhimpunan agong GRS mendakwa wakil wakil rakyat yang meninggalkan parti asal atas alasan demi kepentingan rakyat Sabah adalah tindakan yang matang.

Memang tindakan yang matang dan demokratik pun. Ini kerana setelah rakyat memberikan undi kemenangan. Maka keputusan selepas itu terpulang pada wakil rakyat mereka. Mana yang difikirkan baik untuk rakyat itu sendiri. Apa lagi jika yang disokong itu kerajaan GRS yang jelas ikhlas ingin memajukan Sabah.

Namun Shafie menyangkalnya sebagai tidak matang sebab kononnya akta lompat parti telah ada. Sedangkan jika diperhalusi akta lompat parti bertentangan dengan kebebasan dalam demokrasi atau sebenarnya tidak matang.

Apa punya pembangkang lah parti Warisan ni, sepatutnya kebebasan memilih dan bersuara menjadi tunjang politik pembangkang. Ini tidak kalau Shafie yang buat boleh , kalau orang lain melakukan hal yang sama tidak matang. Apa punya hipokrit lah oiiii.

Shafie tahu tahap pengetahuan macai Warisan berkaitan pentadbiran kerajaan dan politik yang amat kosong. Jadi untuk mengekalkan sokongan Shafie hanya perlu bercakap terbalik dan memberikan harapan palsu. Walhal harapan itu mustahil untuk ditunaikan kerana ia bertentangan dengan peraturan atau perlembagaan yang sedia. Macam tuduhan ke atas Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor ini.

Tahun 2018 Shafie membentuk kerajaan Warisan setelah berjaya menawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah kepada Madius Tangau atau UPKO dan beberapa lagi wakil rakyat UMNO. Namun ada yang berpatah balik setelah nampak kelemahan Shafie Apdal selaku ketua menteri pada waktu itu. Yang membawa kepada pilihan raya negeri Sabah 2020.

Tahun 2023 Shafie bersama Bung Mokhtar cuba merompak jawatan Ketua Menteri Sabah daripada Datuk Hajiji Noor namun digagalkan. Bila beberapa wakil rakyat Warisan dan beberapa wakil rakyat UMNO bertindak menyokong kerajaan GRS atau kepimpinan Datuk Hajiji Noor.

Kalau benar kepimpinan Shafie baik sangat dan diyakini akan terus disokong oleh rakyat Sabah. Kenapa wakil wakil rakyat Warisan meninggalkan parti?

Hari ini ipar Presiden Warisan, Shafie meninggalkan Warisan dan menyertai PGRS. Bukti apa lagi yang kamu mahu bagi menunjukkan Warisan itu sudah game over.

Untuk Parlimen, Warisan memenangi 8 kerusi pada Pilihan Raya 2018 tapi pada 2020 kerusi Warisan merosot tinggal 3 kerusi.

Berbeza dengan Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor semakin lama semakin disukai buktinya pemimpin muda Warisan dan UMNO Sabah nekad meninggalkan parti Warisan dan menyertai parti PGRS atau pro GRS. Contohnya Ketua Pemuda Warisan Malaysia, Mohd Ismail Ayob

Jadinya tuduhan terbaru Shafie Apdal bahwa Kepimpinan Datuk Hajiji Noor tidak matang adalah ibarat meludah ke langit mengena muka sendiri.

Pokoknya apa pun yang berlaku selepas tahun 2018 ia dimulakan oleh Parti Warisan atau Shafie Apdal yang kemaruk jawatan Ketua Menteri Sabah. Titik

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading