
Warisan mainkan isu nipotisme, isu lama yang tidak diterima oleh majoriti rakyat Sabah.
Seperti mana infografik recycle diatas.
Kalau saya tidak silap ia dimainkan semasa PRU baru baru ini untuk menjustifikasi Sempornanisasi yang diamalkan oleh kerajaan Warisan.
Akibat Sempornanisasi rakyat Sabah menolak Warisan sebab itulah Warisan hanya mendapat tiga kerusi Parlimen pada PRU itu.
Pertanyaan saya berhubung isu kitar semula diatas.
Apa juga salahnya jika yang diberikan kedudukan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji memang berkelayakan baik dari segi akademik mahupun pengaruh dalam politik. Tidak kiralah apa mereka orang terdekat atau orang luar yang tiada kaitan dengan Ketua Menteri Sabah.
Perlu diingat Warisan pro PH semasa berkempen pada pilihan raya 2018 berjanji tidak akan melantik pemimpin Warisan mengetuai mana mana GLC di peringkat negeri Sabah. Tetapi yang berlaku Darell dilantik sebagai Pengerusi Taman Industri Minyak dan Gas Sabah (SOGIP) manakala Azis menjadi Pengerusi Warisan Harta Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri.
Yang nyata Sempornanisasi bertentangan dengan agenda Sabah Ubah dan Sabah kita punya yang dilaung-laungkan oleh pemimpin dan jentera Warisan sebelum menjadi kerajaan negeri Sabah. Bukan hanya orang luar yang menggigit jari setelah termakan propaganda Sabah Ubah. Tetapi juga orang Semporna yang berdarah Bajau Suluk ramai dikalangan mereka yang terpinggir dan tidak diberi kedudukan langsung sehinggalah kerajaan Warisan tumbang.
Ini kerana Ketua Menteri Sabah Shafie waktu itu hanya melantik kroni dan kerabat yang dibawa dari era Kementerian KKLW. Walhal mereka tidak berkelayakan baik dari soal potensi mahupun hubungan mereka dengan masyarakat yang sangat dingin.
Politik Warisan sedar apapun yang mereka nyatakan berhubung kerajaan negeri Sabah ia tidak akan mampu menutup kekecewaan rakyat Sabah ke atas kerajaan Warisan yang jelas mengamalkan kronisma dan nepotisma yang tidak masuk akal.
Percayalah apapun yang diperkatakan oleh pemimpin dan jentera Warisan ke atas kerajaan negeri GRS ia tidak akan dapat mengubat kekecewaan rakyat Sabah terhadap kerajaan Warisan sebelum ini.
Kroni dan nepotisma kerajaan Warisan lakukan. Begitu juga dengan penyalahgunaan kuasa menyebabkan beberapa pemimpin Warisan pada ketika itu dihadapkan ke Mahkamah.
Begitu pula halnya dengan perjanjian Malaysia yang menjadi modal Parti Warisan sehingga hari ini. Apapun yang mereka canang pasti rakyat Sabah tidak lagi mempercayainya.
Pokoknya slogan Sabah Ubah yang menjadi asas pentadbiran kerajaan Warisan selama dua tahun lebih gagal direalisasikan hinggakan rakyat Sabah terpaksa menjatuhkan Shafie dari jawatan Ketua Menteri Sabah.





















