Shafie Apdal Dianggap Ketua Lanun Oleh Timbalan Presiden UMNO Mohammad Hasan

Rasanya bukan namanya UMNO kalau tidak menganggap Shafie Apdal dari keturunan lanun.

Dulu kalau ada pemimpin UMNO yang mengeluarkan kenyataan lanun dalam ucapan mereka. Pasti akan mengundang tawa dikalangan perwakilan dalam perhimpunan Agung UMNO dan automatik mata mereka memandang ke arah Shafie yang berada di pentas.

Termasuk Najib Razak juga memanggil Shafie sebagai lanun daripada Semporna, Sabah kalau tidak silap.

Terbaru semasa sidang Dewan Parlimen. Timbalan Presiden UMNO Mohammad Hasan memanggil Presiden Warisan atau ahli Parlimen Semporna, Shafie sebagai Ketua Lanun. Justeru itu keselamatan Semporna dan Lahad Datu menjadi keutamaan.

Rasanya kenyataan Timbalan Presiden UMNO itu bukannya gurauan semata mata tapi sengaja mencetuskan kemarahan dikalangan penyokong Warisan.

Si Aziz Jamman sendiri ada menyatakan bahawa kalau dia mengkritik kerajaan, pasti ada dikalangan penyokong UMNO yang menghentamnya. Keadaan ini kalau menurut si Aziz Jamman tidak ada keikhlasan.

Daripada Warisan juga bha dulu mereka juga yang mendakwa UMNO pencuri perompak yang menyebabkan Sabah miskin hari ini Warisan dan UMNO berkerjasama. Akibat propaganda Warisan juga kebencian segelintir masyarakat Sabah terhadap UMNO begitu menebal dan jangan hairan kenapa hari ini pemimpin-pemimpin UMNO dari Semenanjung tidak boleh menerima keberadaan Shafie dalam ramuan mereka.

Kita tengok sejauhmana kerjasama UMNO dan Warisan berjalan.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading