
Orang dalam gambar tu macam ada yang saya kenal, seorang dari mereka adalah orang yang saya perkenalkan pada Shafie. Waktu saya duduk beramai ramai dengan Shafie, tiba tiba ada panggilan masuk yang saya kenal macam berkawan dengan Zainnal Ajamain, saya tidak cakap banyak terus saya bagi dia bercakap sendiri dengan Shafie. Kalau saya tidak lupa mereka ingin terlibat dalam jelajah politik Warisan seluruh Sabah, pada waktu. Selepas jam itu kami tidak lagi berhubung dan saya tidak tahu apa yang berlaku dengan mereka.
Hari ini mereka menjadi totok Warisan yang menafikan apa saja kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan Sabah, GRS. Sampaikan terpaksa berbohong dan mengada ngada sebab itulah hampir tidak ada kenyataan mereka yang terbukti benar.
Macai bukan topik artikel kali ini. Tapi yang ingin saya ulas adalah apa yang tertulis pada plycard macai, pura pura bertanya mana konok kemerdekaan Sabah. Ertinya politik Warisan tidak mengiktiraf 31hb Ogos sebagai tarikh kemerdekaan Sabah atau dikenali sebagai Hari Sabah.
Tapi tahu ke mereka akhbar Borneo News bertarikh 29 Ogos 1963. Melaporkan Sir William Goode akan melepaskan Borneo Utara untuk memerintah sendiri dan nama Borneo Utara ditukar menjadi Sabah pada 31 Ogos 1963.

Pada 31 Ogos 1963 juga kabinet negeri Sabah pertama dibentuk dan Donald Stephen diangkat sebagai Ketua Menteri Sabah pertama. Bendera Union Jack diturunkan dan digantikan dengan bendera Sabah.
William Goode kekal sebagai Gabenor Sabah sehingga tiba Hari Malaysia dibentuk dan kedudukan itu akan digantikan dengan Yang Dipertuan Negara. Hari Malaysia bermaksud pembentukan Malaysia yang terdiri dari Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu.
Pada dasarnya British bersetuju menubuhkan Malaysia pada 31hb Ogos 1963 tapi tidak kesampaian akibat halangan dari negara jiran Indonesia, Filipina, Amerika dan Soviet yang berprasangka penubuhan Malaysia adalah juga taktik British untuk mengekalkan kekuasaan mereka.
Kesimpulannya Sabah sebuah negara merdeka atau memerintah sendiri selepas 31 Ogos 1963.
Jadi sambutan Hari Sabah yang diraikan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan GRS pada kelmarin adalah benar seperti yang tercatat dalam sejarah dan dilaporkan oleh media ketika itu.
Hanya pemimpin-pemimpin Warisan dan totok mereka yang enggan menerima kehebatan kerajaan GRS yang dipimpin oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor. Bukan apa, mereka tertampar sebab GRS berjaya memartabatkan kemerdekaan Sabah walaupun tidak seperti Warisan yang bermodalkan perjanjian Malaysia tapi bila berkuasa tidak melakukan sebarang kejayaan.
Propaganda Warisan jalan raya rosak, bekalan letrik dan air tidak menjadi. Terbaru isu tarikh kemerdekaan Sabah, lagi tidak menjadi. Lama sebelum itu cerita pasal Sabah Ubah yang terbukti gagal hingga terpaksa menukar moto beberapa kali.






















Leave a Reply