A. LAPORAN HARIAN KES JANGKITAN COVID-19
1 Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di Negeri Sabah pada hari ini adalah sebanyak 643 kes. Bilangan kematian adalah 3 orang. Jumlah kumulatif kes COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 8,082 kes. Sehingga hari ini, seramai 2,970 pesakit dilaporkan telah sembuh. Manakala, seramai 5,048 pesakit sedang menerima rawatan dalam wad di seluruh Sabah.
2 Kes-kes jangkitan COVID-19 pada hari ini mengikut daerah adalah seperti berikut:

B. PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD)
1 Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di dua (2) lokaliti iaitu Penjara Kepayan dan Kuarters Anggota Pegawai di Taman Mat Salleh, Kg. Matambai, Kepayan mulai 20 Oktober 2020. Jumlah keseluruhan lokaliti menjalani PKPD ialah 14 lokaliti.
C. PERINCIAN SOP BAGI AKTIVITI-AKTIVITI KEMENTERIAN KERJA RAYA SABAH DAN KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN SABAH
1 Bagi memastikan aktiviti perniagaan berterusan dan berjalan dengan teratur, perincian SOP di bawah bidang kuasa Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah adalah seperti di LAMPIRAN A.
2 Manakala perincian SOP bagi aktiviti-aktiviti pembinaan dan penyelenggaraan Infrastruktur di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya Sabah adalah seperti di LAMPIRAN B.
3 Kerajaan Negeri menyeru supaya semua perincian SOP dipatuhi oleh semua pihak yang terlibat sebagai usaha kita untuk membendung penularan COVID-19 di negeri Sabah.
D. PERINCIAN SOP BAGI KAEDAH PENYERAHAN BARANG MAKANAN DAN BARANG KEPERLUAN DI KAWASAN PKPD: PANGSAPURI MUTIARA KASIH (PMK) DAN TAMAN KHAZANAH INDAH (TKI), DAERAH LAHAD DATU
1 Perincian SOP Bagi Kaedah Penyerahan Barang Makanan dan Barang Keperluan di Kawasan PKPD: Pangsapuri Mutiara Kasih (PMK) dan Taman Khazanah Indah (TKI), Daerah Lahad Datu adalah seperti di LAMPIRAN C.
E. LARANGAN AKTIVITI SUKAN DAN REKREASI DI NEGERI SABAH
1 Aktiviti sukan dan rekreasi di negeri Sabah adalah masih TIDAK DIBENARKAN. Dengan itu, sebarang SOP yang membenarkan aktiviti Sukan dan Rekreasi adalah tidak terpakai di negeri Sabah.
F. BANTUAN BAKUL MAKANAN (FOOD BASKET)
1 Pengagihan bantuan bakul makanan (food basket) kepada golongan sasar sedang berjalan lancar. Sehingga hari ini, 57,329 bakul makanan telah diagihkan.
Bagi membendung penularan COVID-19 di negeri ini, semua masyarakat digesa untuk sentiasa patuh kepada SOP PKPB yang sedang dilaksanakan di seluruh negeri ini termasuklah memastikan jarak fizikal dipatuhi setiap masa, pemakaian pelitup muka dan hand sanitiser serta kerap mencuci tangan. Kerjasama semua pihak adalah penting untuk mengekang penularan dan melandaikan lekuk jangkitan COVID-19 di Sabah.
kitajagakita #stayhome #staysafe
Sekian.
YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN DAN MENTERI KEWANGAN II
19 Oktober 2020
Tinggalkan Jawapan