• Tan Sri Musa Aman mengesah agar rakyat ini menolak maklumat yang berunsur fitnah atau taktik kotor hingga mampu menjejaskan keharmonian dan keamanan.
  • Beliau berkata hanya melalui persatuan seperti itu keamanan dan keharmonian yang sudah lama bertapak di negeri ini dan negara ini akan terus dikecapi oleh rakyat.

“Kita akui, terdapat usaha pihak tertentu yang cuba mencipta keretakan hidup bermasyarakat di negeri ini. Namun, kita tidak boleh membenarkan sentimen ini menghancurkan apa yang telah dibina nenek moyang kita.

“Ia hanya akan merugikan jika kita membenarkan perasaan benci dan syak wasangka meresap ke dalam hati sanubari kita,” katanya dalam perutusan Hari Krismas 2017 yang akan disambut esok.

  • Menurutnya lagi kerajaan hari ini di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja terus mempromosikan semangat toleransi tapi akan berusaha menyuburkan semangat penerimaan terhadap kepelbagaian bangsa dan agama di negara ini.

“Kesaksamaan setiap rakyat Malaysia haruslah sama rata dan kita perlu menghormati satu sama lain walaupun mempunyai kepercayaan, budaya dan tradisi berbeza.”

  • Justeru Musa mengingatkan rakyat agar menggunakan kebijaksanaan semasa menggunakan media sosial khususnya dalam konteks membezakan mesej, maklumat benar dan palsu yang sering dikeluarkan secara berleluasa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
  • Katanya lagi rakyat Sabah perlu menolak sebarang maklumat berunsur politik kotor yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang disebarkan oleh tertentu demi mencapai agenda tersembunyi mereka.

#BNforSabahan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s